Wednesday, May 14, 2008

Salman Al Farisi

A friend was pleasantly surprised that I am now a changed person dot.dot.dot. Yelah being semi-computer illeterate, sebelum ni memang tak pernah visit mana2 except for satu blog mantan VIP.


Ape pun tak kisah. However, I am more comfortable to regard this as my open diary. I hope, some day, I have more time to re-write notes taken from the classes I attended. Kalau ada kawan baca, bolehlah dapat saham akhirat, dgn izin Allah. I attempted & found it not simple though. From a 15 min tazkiroh, I took 45 min to re-write.


Below is another attempt.

Hayaatu s Sahaabah: Salman al Farisi
Tazkiroh maghrib 13 May 2009

Lebih kurang ada 10K orang sahabat Rasulullah saw. Di antara yg termasuk dlm golongan sahabat:

. orang yg bertemu Rasul saw dlm beriman & meninggal dlm Islam.


. orang yg meriwayatkan hadis atau tidak meriwayatkan hadis

. orang yg melihat bagainda, walaupun hanya sekali dan tidakpun duduk bersama baginda


Apakah sikap Mukmin terhadap para sahabat? Kita mesti positif sebab al Qur'an jelas menyebut Allah meredhai para sahabat dlm beberapa ayat (Itu sebab kita sebut Abu Bakar ra).


Salman al Farasi diberi gelaran pencari kebenaran. Dilahirkan di Isfahan, beliau orang Parsi. Ayahnya seorang pegawai kutip cukai dan ada tanah/ladang. Agama keluarganya majusi iaitu menyembah api atau cahaya. Salman amat taat beribadat & ditugaskan menjaga api di rumah ibadat supaya api itu terus menyala.


Satu hari ayah Salman menyuruhnya menjaga kebun. Lalu beliau melintasi sebuah gereja & singgah. Salman tertarik melihat penganut Kristian sembahyang & beliau tidak pergi menjaga kebun spt yg diperintahkan oleh ayahnya. Semasa di gereja Salman diberitahu agama Kristian berasal dari Syams. Salman menyimpan cita2 untuk pergi ke Syams.
Ayah Salman amat marah & merantai beliau. Walau bagaimanapun Salman dapat melepaskan diri. Ditakdirkan, ada satu rombongan dari Syams & Salman berjaya mengikut mereka balik ke Syams. Tiba di Syams, Salman belajar dgn padri di sebuah gereja. Salman perhatikan padri itu kurang baik kerana mengambil duit masyarakat utk kepentingannya sendiri. Setelah padri itu meninggal, ia telah digantikan dgn seorang padri yg lebih baik. Salman sayang pd padri yg ke2 ini. Oleh kerana padri itu telah lanjut usia, Salman bertanya kpdnya siapa ia harus belajar sekiranya padri itu mati kelak. Padri itu memberitahu. & bila padri itu meninggal, Salman pergi utk mendapatkan padri lain sebagaimana yg ditunjukkan.


Begitulah Salman mengembara dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari kebenaran. Sehinggalah Salman akhirnya belajar dgn seorang padri yg juga sudah lanjut usianya. Salman bertanya lagi ke mana & dgn siapa dia harus sambung belajar sekiranya padri ini meninggal nanti.

Padri yg terakhir ini memberitahu bahawa sebenarnya telah datang seorang nabi yg membawa ajaran yg benar. Salman diberitahu nabi itu tidak menerima sedekah, Baginda hanya menerima hadiah dan dibelakangnya ada tanda kenabian. Akhirnya Salman bertemu dgn peniaga yahudi & ikut rombongan tersebut ke Madinah untuk mencari Nabi yg disebutkan.


Di Madinah Salman menguji Nabi Mohd saw dgn memberi baginda sedekah. Nabi saw tidak sentuh makanan itu. Hanya para sahabat yg memakannya. Keesokan harinya Salman bawakan hadiah dan Nabi saw pun turut sama makan hadiah itu bersama dengan para sahabat yg lain. Lalu Salman hendak menengok sendiri tanda kenabian, Rasulullah tahu tujuan Salan & menunjukkan tanda kenabiannya. Lalu Salmun pun masuk Islam


Antara jasa Salman al Farisi ialah sumbangannya dlm Peperangan Ahzab yg juga dipanggil Peperangan Handak. Dalam peperangan ini, umat Islam Madinah amat tertekan kerana Yahudi Madinah dan Quraish Mekah berpakat menghancurkan Islam. Salman mencadangkan supaya sekeliling Madinah dibentengi dgn parit. Nabi saw terima cadangan Salman dan parit pun digali sehingga semua kuda & unta perang musuh tidak dapat melompat masuk ke Madinah (sebut pasal parit ni teringat pulak parit dalam & besar, macam sungai, di sekeliling Citadel di Alippo). Strategi ini berjaya. Tentera musuh terpaksa berkhemah di tepi parit selama sebulan hinggalah Allah turunkan angin kencang merosakkan kemah & mereka kalah.

Note: found a good account in wikipedia

1 comment:

jibrail said...

bagus juga baca cerite2 sejarah ni.....