Sunday, May 11, 2008

Introspeksi

Tazkiroh Imam, Surau Sect 11, subuh Isnin 12 Nay 2008
Bagai janji, ia mesti dikotakan. Umpama cinta, tuntutannya ialah pengorbanan. Iman pula, buktinya adalah amal.
Buat muhasabah (sendiri). Sejauh mana ilmu yg kita yakini telah diamalkan? Ilmu mulanya berada di luar diri kita. Kita bawa masuk ke dalam diri, menjadi sebahagian kita. Sinaranya terpancar via realiti dlm perbuatan, pemikiran, halatuju dsbnya. Ilmu jadi ukuran & pemandu kehidupan.
Ilmu penentu budaya. Budaya berkomunikasi, berpakaiann, bergaul, berniaga, berhubungan dll
Sama seperti zakat yg menjadi bukti, pelengkap atau kembar solat (ref Al Baqarah 2/43). Kalau kita menghayati solat, ia diikuti dgn zakat (atau sedekah, pelbagai sedekah). Sekiranya tidak, eloklah kita muhasabah diri.
Demikian juga kalau ilmu yg ditekuni melalui sesi ceramah & kelas2 yg dihadiri selami ini tidak mengubah atau mencorak gaya hidup kita, baiklah kita buat introspeksi...

No comments: