Sunday, August 24, 2008

Sukarnya untuk berhijrah...



Dah lebih dua minggu tidak berkesempatan memasuki open diary ni. Sebok. Suntuk. Tahap kesihatan pun agak terjejas. Agenda harian di Laman Refleksologi tergendala. Yg sedih sekali bab ibadah khusus jadi macam touch n go.

Teringat pula pesanan Dato' masa minta izin nak retire (dah lama dulu): "Tak usah duduk rumah. Terus kerja. Pastikan semua aktiviti adalah ibadah. Ibadahkan aktiviti harian". (Tak berani nak komen sebab perkara yg dibuat, niat & caranya mesti selari, baru boleh jadi ibadah).

Sekarang ni terfikir2 apakah yg disebokkan selama ni boleh masuk kategori ibadah? Buntu. Tak pernah tergambar sebelum ni yang bila meningkat usia, makin sebok tak menentu. Rase bercelaru.

Semuga Allah merahmati & meredhai kehidupan ku selama ini. Semuga Allah ampunkan kesalahan yg selalu berulang-ulang. Bukan tak faham sindiran / peringatan Allah dalam Juz Amma. Namun begitu rupanya diri ku ini. Amat sukar untuk berhijrah...





1 comment:

macgyver said...

InsyaAllah segala yang dibuat dalam kesibukkan harian akan mendapat keberkatanNya dan ditimbang amalan dan perbuatan mendapat pahala ibadah.

Meniti usia yang semakin 'emas' menjadikan setiap detik dan saat menjadi semakin berharga tatkala kesibukkan menerjah tak kira masanya. Buat apa yang perlu atau buat mana yang perlu?? Fikir2kan mungkin kedua2nya diperlukan..

Salam Ramadhan Al-Mubaraq dan sama2kita berdoa agar diberi peluang, kekuatan dan kesihatan untuk sekali lagi menikmati bulan yang penuh dengan rahmatNya.

Saat yang dinanti ketibaan bulan mulia..
-sekali dalam setahun.
Selamat berpuasa..