Friday, August 8, 2008

Something missing

Kebelakangan ni, terasa sesuatu tak biasa. Tak pasti apa. Masing-masing masuk bilik. Mengadap notebook, sebok "catching-up with themselves". Sebelum ni pernah terdengar kekawan kata sunyi sebab anak-anak dah besar. Kalau pun mereka masih duduk serumah tetapi, masing-masing dah ada hal sendiri. Hmmm...This come to soon than I thought. Tertanye2 nak buat ape sekarang ni. All this while terasa macam kita buat sesuatu untuk orang lain. Kewajipan. Sekarang ni, it is about me. Nak buat ape...


5 comments:

masstongkol said...

Haa... ni la yang di katakan
ramai tapi sendiri
dikatakan..
banyak tapi satu
dikatakan..
riuh tapi sunyi
suatu ketika yang akan terjadi
pada semua orang dan sebenarnya dah lama benda ni ujud cuma kita terleka kerana masih ada simpang yang boleh kita lalu but as time goes by... simpang- simpang itu sudah tidak sesuai dengan jiwa dan naluri kita maka di situ kita jadi buntu tiada arah nak di tuju
maka termenung dan termanggu
begitu ramai cuma tinggal aku...??

kalau di selam lagi haru...
alam yang lagi satu
sememangnya yang tinggal cuma "aku"
....takuuutt...!!!

macgyver said...

Sampai masa
kita meninggalkan atau ditinggalkan
Sampai masa
kita melupakan atau dilupakan
Sampai masa
ada yang ada, ada yang tiada
Sampai masa
keluarga ada tapi teman tiada
Sampai masa
teman tiada keluarga ada
Sampai masa
keluarga ada, teman pun ada

Akhirnya..
apa yang kita dengar, apa yang kita
fikir-fikirkan menjadi nyata.

Penuhi masa-masa indah dengan melakukan apa yang kita suka lakukan..
Mungkin ada di antara mereka yang rapat yang boleh dijadikan teman bicara meluangkan masa berkongsi cerita.
Anak-anak juga kadangkala terlalu mempunyai masanya sendiri namun anak-anak juga kadangkala terlupa akan masa-masa indah sementara ibunya ada.
Terlupa menghargai apa yang masih
mereka miliki...

Fatihah dan al-ikhlas dikhususkan kepada anak-anak dan mereka yang tersayang insya Allah menambat hati mereka dan memberi 'roh' agar mereka lebih menyayangi dan menghargai siapa kita di hati mereka..

...masih ada yang mengingati dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat...

Nek Cun said...

Salam Timah, apa yang you dah mula nak rasa tu memang betul... macam I ni, kadang-kadang rasa macam sorang-sorang ajer kat rumah especially bila hubby pi masjid dan anak-anak terperok dalam bilik masing-masing. Itulah yang I cuba menajamkan creativity I dengan mencurahkannya di atas kertas dan menjadikannya sebuah novel... I think, we need to be creative in order not to feel lonely...

fatimah said...

Dear Mac, TQ kerana memahami & TQ kerana mengingatkan. Terasa diri ini seolah2 di persimpangan...

fatimah said...

TQ Kam, memang betul tu. I note that creativity has lifted you to new level...congratulations!