Friday, August 1, 2008

Prelude Ramadhan



Agak lama juga tidak kedengaran suara Pak Nik. He is a training consultant / motivator by profession. Boleh bayangkanlah bila a motivator is also 'imam in the house'. Lain sikit. Ada kalanya, seolah-olah berada dalam team building program pulak. Bukan Tazkiroh. Subuh tadi, Pak Nik berbicara tentang soul, keruhanian.


Dalam menjalani hidup ini, keruhanian adalah teras.

Man has 2 nature ie body & soul. Soul comprises of 3 elements ie ruhani, akal & emosi. Dalam Islam, yang lebih penting bukan benda. Contohnya puasa. Bukanlah meninggalkan makan-minum atau perkara-perkara keji yang menjadi tumpuan utama. Ataupun faedah puasa dr segi kesihatan, savings, langsing badan. Tetapi, kalau dengan berpuasa itu keruhanian kita tidak menjadikan kita insan yg lebih baik & lebih bertakwa, maka puasa itu tidaklah bermakna. Malang sekiranya begitu.

Demikian juga dgn ibadah haji yg pelaksanaannya melibatkan banyak wang, kesihatan, planning, pengorbanan dll. Namun sekiranya, keruhanian kita tidak menjadi lebih baik, tidak bertakwa maka ibadah haji itu tidak berkesan. Malang.

Jadi, yg perlu kita utamakan ialah hasil atau kesan ibadah pd keruhanian kita. & bukan perbuatan atau amalannya. Umpamanya sedekah atau derma. Bukan banyak atau sikitnya. Tetapi keikhlasan & kesannya pd ketakwaan kita. Kita dirikan masjid megah tersergam, tetapi peribadi kita tidak mencerminkan ketakwaan...bagaimana?

Begitulah dengan dunia yang diciptakan untuk manusia ini. Rugi atau malang sekiranya kita kuasai seluruh isinya, tetapi ia tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat.

Sesungguhnya dunia dicipta untuk manusia. Tetapi, manusia dicipta untuk akhirat



No comments: