Friday, August 29, 2008

Untittled

Yati's mother passed away last Wednesday. She did not survive the operation to remove the blood clot in her brain after she fell the day before. We rushed to PPUM to console Yati.(Yati is our sales clerk at Taman Ixora. She joined the Group about a year ago). Apparently Yati was left with her younger brother to arrange for the body home. It was my 1st experience masuk bilik jenazah. The person in charge asked us if we had brought kain to cover. Alahai..sedihnya. We did not. While waiting, I checked on the condition of the van jenazah. Basic. No pillow or soft mattress on the mounted platform. I saw no seat in the van, except for one next to the driver's. Meaning mayat sendiri terbaring di belakang, tidak berteman? Aduhai... Soon I found myself seated on the mounted platform, next to the jenazah. When the van entered the Federal Highway, all vehicles moved very2 slow. Jammed. Van berjalan perlahan & kerap terhenti2. Ku harap Allah merahmati jenazah ini mengurniakannya kelesesaan dalam keadaan ini. Sesekali adik Yati yang duduk di sebelah driver menepuk2 bahu ibunya, as if assuring her that the journey home was going to be smooth. Mulutnya kumat kamit membacakan ayat2 Al Qur'an untuk ibu yang dicintai. Walau pun dia kelihatan muda, namun tenang menghadapi dugaan. Bertuah sungguh arwah ibu yang mempunyai anak sedemikian. Pukul 3.30 petang baru kami sampai ke Sg Udang Kelang..

Thursday, August 28, 2008

Menjelang Ramadhan

Awal pagi Ahad lepas, aku bersama Rizuan & Kalsum ke Janda Baik. Sudah lama juga tidak ke sana. Janda Baik tetap cantik. Apa lagi pemandangan di waktu pagi. Bukit bukau, langit biru, awan putih & hutan yang hijau - cukup menawan. Namun mendung di hati bagai tidak terubatkan.

Tanah perkuburan Janda Baik terletak di tanah yang tinggi. Sepatutnya kawasan ini kelihatan cantik juga. Namun, tidak terbela. Rumput & lalang tumbuh liar.

Aku menyelak2 lalang mencari-cari batu nisan ayah ku. Satu lepas satu ku baca. Tak pasti kedudukannya. Akhirnya Kalsum yang menjumpai. "Eh Mak, Atuk passed away on your birthday??". Yes it was Friday. Maghrib. I remember.


Sebelum kami tinggalkan, kuburan sudah bersih. Anak cucu lain yang datang kemudian boleh terus mengecam batu nisan dengan mudah. Rasanya baik aku datang setiap bulan untuk membersihkan lalang & rumput rampai. Dan yang penting sekali ialah untuk mengingatkan diri ini ke mana akhirnya kita pergi...

Sunday, August 24, 2008

Sukarnya untuk berhijrah...



Dah lebih dua minggu tidak berkesempatan memasuki open diary ni. Sebok. Suntuk. Tahap kesihatan pun agak terjejas. Agenda harian di Laman Refleksologi tergendala. Yg sedih sekali bab ibadah khusus jadi macam touch n go.

Teringat pula pesanan Dato' masa minta izin nak retire (dah lama dulu): "Tak usah duduk rumah. Terus kerja. Pastikan semua aktiviti adalah ibadah. Ibadahkan aktiviti harian". (Tak berani nak komen sebab perkara yg dibuat, niat & caranya mesti selari, baru boleh jadi ibadah).

Sekarang ni terfikir2 apakah yg disebokkan selama ni boleh masuk kategori ibadah? Buntu. Tak pernah tergambar sebelum ni yang bila meningkat usia, makin sebok tak menentu. Rase bercelaru.

Semuga Allah merahmati & meredhai kehidupan ku selama ini. Semuga Allah ampunkan kesalahan yg selalu berulang-ulang. Bukan tak faham sindiran / peringatan Allah dalam Juz Amma. Namun begitu rupanya diri ku ini. Amat sukar untuk berhijrah...





Friday, August 8, 2008

Something missing

Kebelakangan ni, terasa sesuatu tak biasa. Tak pasti apa. Masing-masing masuk bilik. Mengadap notebook, sebok "catching-up with themselves". Sebelum ni pernah terdengar kekawan kata sunyi sebab anak-anak dah besar. Kalau pun mereka masih duduk serumah tetapi, masing-masing dah ada hal sendiri. Hmmm...This come to soon than I thought. Tertanye2 nak buat ape sekarang ni. All this while terasa macam kita buat sesuatu untuk orang lain. Kewajipan. Sekarang ni, it is about me. Nak buat ape...


Friday, August 1, 2008

Prelude Ramadhan



Agak lama juga tidak kedengaran suara Pak Nik. He is a training consultant / motivator by profession. Boleh bayangkanlah bila a motivator is also 'imam in the house'. Lain sikit. Ada kalanya, seolah-olah berada dalam team building program pulak. Bukan Tazkiroh. Subuh tadi, Pak Nik berbicara tentang soul, keruhanian.


Dalam menjalani hidup ini, keruhanian adalah teras.

Man has 2 nature ie body & soul. Soul comprises of 3 elements ie ruhani, akal & emosi. Dalam Islam, yang lebih penting bukan benda. Contohnya puasa. Bukanlah meninggalkan makan-minum atau perkara-perkara keji yang menjadi tumpuan utama. Ataupun faedah puasa dr segi kesihatan, savings, langsing badan. Tetapi, kalau dengan berpuasa itu keruhanian kita tidak menjadikan kita insan yg lebih baik & lebih bertakwa, maka puasa itu tidaklah bermakna. Malang sekiranya begitu.

Demikian juga dgn ibadah haji yg pelaksanaannya melibatkan banyak wang, kesihatan, planning, pengorbanan dll. Namun sekiranya, keruhanian kita tidak menjadi lebih baik, tidak bertakwa maka ibadah haji itu tidak berkesan. Malang.

Jadi, yg perlu kita utamakan ialah hasil atau kesan ibadah pd keruhanian kita. & bukan perbuatan atau amalannya. Umpamanya sedekah atau derma. Bukan banyak atau sikitnya. Tetapi keikhlasan & kesannya pd ketakwaan kita. Kita dirikan masjid megah tersergam, tetapi peribadi kita tidak mencerminkan ketakwaan...bagaimana?

Begitulah dengan dunia yang diciptakan untuk manusia ini. Rugi atau malang sekiranya kita kuasai seluruh isinya, tetapi ia tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat.

Sesungguhnya dunia dicipta untuk manusia. Tetapi, manusia dicipta untuk akhirat