Sunday, November 30, 2008

Pengorbanan

Hari Sabtu 29 November 2008 adalah istimewa. Oleh kerana Ustaz Abdullah Yassin tidak dapat hadir, kelas tafsir telah digantikan dengan majlis pengIslaman saudara baru En Maran. Inilah kali pertama "upacara" sedemikian diadakan di syarikat kami. Semuga Allah memberikan ganjaran yang dijanjikan pd Dato' Shamsuddin dan keluarganya yang begitu gigih dalam usahanya untuk menegakkan & menyebarkan syi'ar Islam.

Sempena majlis tersebut, Dato Shamsuddin telah menjemput Ustaz Mohd Fitri Abdullah, dari PERKIM untuk berkongsi pengalamannya sebagai saudara Islam dan juga sebagai pendakwah. Ramai yang tersentuh & menitiskan airmata. Bila memelok Islam seorang saudara baru biasanya dipaksa menyerahkan semua harta kepada keluarga, disepak terajang, dibuang keluarga & berbagai2 lagi. Ramai yang jadi sebatang kara, tiada saudara, masyarakat atau sesiapa yang datang memeluk mereka. Amat tinggi pengorbanan mereka untuk Islam. Alhamdulillah ada di antara mereka yang berjaya menjalankan tugas2 dakwah dan penyelamat.

Hingga hari ini aku tidak tidur lena bila Ustaz Fitri bertanya, sebagai penganut Islam keturunan apakah pula pengorbanan ku untuk Islam? Pelbagai masalah sosial di sekeliling ku, apakah pengorbanan ku untuk Islam? Sekian lama aku hidup dilimpahi nikmat & rahmat kurniaan Ilahi (yang tak terkirakan), apakah pengorbanan ku untuk Islam?

4 comments:

Nek Cun said...

Salam Timah, memang pun kekadang tu terfikir juga dalam diri ini, apakah pengorbananku dalam Islam?... itulah sebabnya Kam mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, sekurang-kurangnya mungkin ada juga sebaris dua ayat yang mungkin dapat membuka minda dan hati orang-orang yang jahil... itu sahajalah yang termampu Kam lakukan buat masa ini... semoga Allah akan terus melimphkan RahmatNya pada kita semua...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QORBAN.

masstongkol said...

Assalamualikum,

Terkesimah aku merenung jauh membolos tiap ruang waktu... bagaimana nak ku jawap persoalan itu sedangkan kita yang sentiasa terkorban dek kelalaian dan kelekaan dunia sehingga kita merasakan kita telah melakukan yang terbaik... kekadang baru di duga sedikit baru di jentik sudah meraung menjerit dan bukan setakat meraung ada yang lebih biadap menyoal Allah snt kenapa aku kau duga sebegini kenapa tidak orang lain...aduh...di situ kita sudah tewas... benar kata Ustaz pengorbanannya tiada bandingan... pengorbanan kita... tidak tahu yang mana nak buat suntingan kerna satu pun tidak layak... malu... malu.. sendiri... kita yang berketurunan sering lupa asal usul kita...Allahualam...

@@ masstongkol@@

fatimah said...

Wsalam Kam, Memang banyak pengajaran yang Kam sampaikan melalui tulisan2. Akhir2 ni I pun happy to find yr blog menyentuh isu agama kita secara santai, namun berkesan. Semuga Allah melindungi kita semua

fatimah said...

Wsalam sahabat ku Masstongkol, I understand life as a bzman is fully occupied. Probably we can meet one day to discuss what can be done together. Thereafter, we line-up a few program for 2009.And as in the past, I believe you will continue to support. & I am happy that you have a bigger bz community that can help us financially...