Wednesday, December 3, 2008

Madah Pujangga

Pagi ni Pak Nik tidak memetik mana2 Firman atau pun Hadith. Tetapi beberapa bait madah pujangga. Nadanya berbeza. Satu deklamasi, walaupun bersahaja, namun ada getaran.


Hidup ini singkat
Sepanjang mana pun episodnya, tetap singkat
Kerana akhirat itu infiniti


Sekiranya kematian itu satu lembaga
Ia akan dibunuh
Tiada kematian lagi
Yang ada hanya kehidupan
Kehidupan abadi


Hidup ini singkat
Oleh itu pelajarilah
Pelajaran baru untuk alam yang kekal
Buang kesilafan silam


Hidup ini singkat
Oleh itu harungilah dengan kasih sayang
Semuanya atas nama kebaikan
Agar kehadhiran kita dirasai
Kini atau lain generasi
Pesaka bakti
Khazanah pelaburan
Kekal abadi

No comments: