Sunday, December 14, 2008

Islam itu nasihat-menasihati

Rata2 kita tidak dapat menerima teguran terutama mengenai perkara yang berkenaan dengan agama, akhirat atau harta dunia. Biarpun ingatan itu datang dari ibubapa, adik-beradik sendiri. Nasihat dengan cara halus, baik atau lembut pun selalunya berakhir dengan persengkitaan. Bagi yang ada kedudukan, dia akan gunakan kuasa vito. Berlakulah perang urat saraf. Adik-beradik tidak bertegur sapa, tuduh-menuduh. Waimma isteri pun takut kalau nak ingatkan suami....
Ustaz Abdullah Yassin memberi analogi. Tiba2 seseorang tepuk belakang kita dengan kuat. Kita rasa sakit, terperanjat & marah. Tapi bila ditunjukkan lebah atau lipan atau kala jengking yang ditepuk untuk menyelamatkan kita, kita tak putus2 mengucapkan terima kasih dan bersyukur. Sama juga, semasa kita memandu tiba2 ada kenderaan hon & tunjuk pintu belakang yang kurang rapat. Walaupun mula2 marah kerana dia hon, tetapi setelah sedar sebab sebenar, kita angkat tangan, ucapkan terima kasih.
Kalau kita boleh terima contoh seperti di atas, amat hairan mengapa kita marah bila adik-beradik, jiran tetangga, ulamak atau sesiapa mengingatkan sesuatu yang kita lakukan bertentangan dengan ajaran Islam, bahaya untuk aqidah kita, bahaya untuk akhirat kita? Kita marah, dendam, cela-mencela, keji-mengeji, sampailah ke cuci cicit terlibat. Sedangkan kehidupan kita di akhirat amat bergantung dengan apa yang kita lakukan di dunia dan rahmat Allah.
Islam ni way of life. Kalau kita sudah memelok Islam, mengapa kita pula tidak redha Islam memeluk kita?

2 comments:

Nek Cun said...

Salam Timah, hanya insan-insan yang tidak memahami apa itu siratulrahim dan ukhwah akan marah sekiranya ada yang menasihati atau ingat mengingatkan sesuatu yang baik itu... kerana sebenarnya mereka tidak tahu yang mana amal makruf dan yang mana nahimungkar!...entahlah... I pun tak berani nak kata kerana kekadang tu tersasar juga!... wallahualam.

masstongkol said...

Selagi manusia bernama manusia begitulah sikapnya... kesedaran diri perlu ada jika tiada maka begitulah adanya... yang menegur mesti dengan adab, yang di tegur mesti beradab...yang menegur mesti bersabar yang di tegur mesti sabar...
untuk berubah perlu waktu... untuk mengubah juga perlu waktu bak kata perpatah ingin membentuk yang keras mesti dengan lembut kalau keras dengan keras alamat patah atau pecah kalau lembut dengan lembut alamat "berdene" kata orang kedah ibarat membentuk batu mesti dengan air... bukan dengan batu atau kayu....jika punya waktu batu yang keras kalau di titis air berkurun akan berlubang... namun apakah kita punya waktu selama itu..?? hai manusia.... sesesungguhnya kau di dalam kerugian.... gitulah.....

Buat apa patut...kalau menegur kita di sergah jangan kita pulak yang melatah...teruskan niat untuk menegah bukan pula untuk bertelagah lama lama akan surut nafsu serakah pasti berganti dengan berakah....