Thursday, November 6, 2008

Koleksi Saya - Rahime Harun

6 November - 30 Disember 2008

Balai Seni Lukis Negara

Bait2 sajak, lukisan, arca
Pelbagai lakaran hati
Mengusik sanubari

Dulu, sekeping lukisan di papan hitam
Masa sekolah darjah enam
Satu pencapaian...
Satu minggu impian menari
Bagaimana pula ini?

Besar sungguh besar
Warisan Rahime
Untuk Nazura and Ilham?
Atau seluruh negara punya kebanggaan?

Bertanya pada wakilan insurans, pegawai pameran
Tiada perangkaan atau sebutan nilai
Kolaborasi dengan Soethby / Christie?
Berapa?
Dua kalimat akhir kalam
"Koleksi Agung"...habis bicara?

Hmmm tingginya sumbangan
Jadi, sebariskah Allahyarham dengan Negarawan?
Bukan soalan.....
Senyuman, pun bukan sendirian
Hanya terkenang Dato Shahrukh Khan

Atau bintang disimpan untuk Zarina?
Ruh utama Koleksi Rahime
Mengapa hanya diraikan sebagai isteri?
Dalam perjalanan pulang aku mencari2 kewajaran...

No comments: