Wednesday, May 7, 2008

Kematian

Kuliah Subuh Surau al Hidayah Section 11 4 May 2008

The Ustaz was imported from Section 13. He was given 30 minutes with no Q & A. Reason - all jemaah were invited to have breakfast a restaurant nearby. Before that the usual "doa selamat". The Tauke's wish was a higher profit for more zakat...Amin!!

The topic of the kuliah was kematian. I managed to jot down few points.

The ustaz started the session talking about lukisan. Nabi saw ada buat lukisan. Kotak. Dalam kotak ada garisan2 & salah satu garisan terkeluar dari kotak (at this point I quickly teringat my boss yg had been drilling us staff to "think outside the box"). Kotak mewakili umur manusia yg sudah ditetapkan di luh mahfuz. Garisan2 lain dalam kotak menunjukkan penyakit atau penyebab kematian. Ada satu garisan yg terkeluar dari kotak (if I cd draw here, it wd be better). This garisan yg terlepas ni menunjukkan angan2 manusia yg melangkau jauh dari usia yg telah ditetapkan. HR Bukhari

Begitulah manusia. Berangan jauh. Menurut riwayat, Abu Darda' melihat suasana manusia yg sebok di kota Damsyik. Sebok berlumba2 dgn urusan dunia. Ramai yg ditimpa penyakit hati yg terlampau keras, tidak khusyu dlm agama. Abu Darda' ditanya cara untuk mengubati penyakit hati itu. Abu Darda' menasihatkan agar yang bertanya itu pergi melawat kubur dan renungkan mengenai kematian. Setinggi manapun kita mencapai angan2 dunia, akhirnya kita tinggalkan juga. Bila mati kita duduk sendiri di kg yang sepi. Kata Ustaz "Boleh sebok, tapi jangan sampai kita lalai dr mengingati kcmatian". Bahaya.

Menurut Nabi saw semua orang yg mati menyesal. Orang yg baik pun menyesal bila mati. Menyesal sebab tak buat lebih banyak kebaikan. Yg beruntung ialah orang yg ingat pd kg sebenar & mengutamakan kehidupan di sana.

Nabi saw bertanya: "Wahai manusia, mengapa kamu tak rasa malu mengumpulkan makanan yg kamu memang tak dapat memakannya? Kamu buat bangunan besar2, tinggi, yg kamu tak mendudukinya pun? Angan2 kamu sungguh panjang..kamu tak malu ke?".

Abu Darda' hidup susah. Bila orang beri sedekah, semuanya diberikan semula kepada orang lain. Orang tak faham. Kata Abu Darda': "Jangan marah. Hurmatilah pendirian orang lain. Aku hiaskan rumah ku (yg kekal) di akhirat".

Abu Dzar - Ada 4 pesanan / nasihat yg beliau lebih sayang dari dunia & seluruh isinya:

. elokkan kapal mu sbb lautan itu dalam
. banyakkan bekalan mu sbb perjalanan jauh
. ringankan beban mu sbb perjalanan balik ke akhirat ada banyak
check point (sakaratul maut, alam kubur, padang mahsyar, hisab,
titian sirotolmustakim)
. ikhlaskan amalan mu sbb saksi di mahkamah akhirat ialah anggota
badan sendiri

Ulamak sufi Ibrahim bin Adham (basrah. Irag) ditanya "Apahal kami ni? Selalu doa tak makbul?" Jawab Ibrahim: "Sebab hati mati". Ada 10 sbb, doa tak makbul:

. kenal Allah, tapi tak tunai haknya (tak beribadat)
. sayang Rasul saw, tapi tinggalkan sunnahnya
. baca al Qur'an tapi tak beramal dengannya
. Allah beri nikmat, tapi tidak tunai hak syukur
. tahu syaitan musuh yg nyata, tapi ikut hasutan
. tahu syurga itu benar, tapi tidak beramal mendapatkannya
. tahu neraka itu benar, tapi tidak menghindarinya
. tahu kesalahan orang lain, tapi lupa kelemahan diri sendiri
. tahu maut benar, tapi tak bersedia menghadapinya
. kamu kafankan orang lain, tepai tidak ambil iktibar dr
kematiannya

Sulaiman bin Malik dlm perbincangan dgn ulamak lain ditanya. "Apahal kita ni? Mati itu benar. tapi kita macam tak suka mati. Bila bincang mati - benci. Kenapa??" Jawab Sulaiman: "Sebab kita cantikkan dunia. Kalau kita cantikkan akhirat, kita akan suka pd kematian & tidak takut menghadapinya".

Menurut ulamak, siapa yg ingat kematian, Allah akan muliakan kita dgn 3 perkara:
. segera taubat
. kana'ah (rasa puas, cukup)
. semakin aktif beribadat

Kalau tak ingat mati, Allah beri:
. banyak akan..akan itu..akan ini...
. tidak redha dgn ketentuan/musibah
. malas beribadat


3 perkara yg mengingatkan mati:
. tengok kubur yg sunyi...tiada teman. sebab itu buat amalan sebagai
teman
. ingat pesanan Rasul saw..perjalanan akhirat jauh, perlu bekalan yg
banyak
. ingat hakim di akhirat ialah Allah swt...perlu bersedia

Ustaz closed ceramah dgn analogi cerita semut (cerita kanak2). Dalam satu negeri semut, semua rakyat semut kumpul makanan utk bekalan musim sejuk. Satu hari, seekor semut bawa makanan dgn mulutnya. Tiba2 datang seekor burung menyambar makanan itu. Bukan saja makanan yg disambar. Semut itu pun tersambar sekali. Musnah harapan semut. Tak dapat makan apa yg di mulut. Tak dapat menikmati apa yg dikumpulkan. & mati dgn dengan rezeki terakhir yg ada pada dirinya sahaja.


Ustaz pun pesan juga jangan ambil hati kalau ulamak jawab dgn tegas, kasar & tak berlapik bila bercakap. Orang dulu terima pendapat ulamak sbb mereka hurmat ulamak. Unlike these days...

Anyway, banyak juga points within 30 minits ni...it certainly took me longer than 30 minutes re-writing. Kalau ade kesilapan in the story or facts pun, but kematian mesti. Many points but kematian remain the point. My longest entry so far...

2 comments:

masstongkol said...

" Tuhanku....
aku takut pada nerakamu
namun tiadalah aku layak ke syurgamu "
lirik dari M. Nasir



mati itu pasti...
sakaratul maut itu ngeri
namun kita masih di buai mimpi
untuk hidup sejuta tahun lagi ....

@@ massetongkol @@

macgyver said...

...Bila berbicara ttg kematian seakan hidup ini singkat dengan acaranya.
...Bila berbicara saat mati pula buatkan iman menjadi gusar namun masih cuba tenang untuk memikirkan apa yang terbaik untuk bekalan kita di 'sana'...
...Terfikir akan nasihat kawan ayahanda yang memberi kata-kata yang 'tenang' ketika berbicara kematian bersamanya.

Beliau berkata, "kematian itu hanyalah perpindahan kita dari alam sekarang ke alam yang lain...jadi, kita cubalah agar tidak terlalu sedih bila saudara kita meninggal kerana kita jua akan 'berpindah' sepertinya..cuma giliran yang masih belum sampai..fikirkan seperti saudara kita pergi hanya seperti berpindah tempat tinggal..masih boleh berhubung melalui sedekahkan ayat2 Al-Quran, mendoakan kesejahteraan dan dengan cara itu ingatan kita sentiasa ada terhadap dia (arwah)..."

...hmmmm mungkin cara ini kita dapat menghilangkan rasa sedih seperti Kassim Selamat yang kehilangan Sabariahnya sehingga buta akibat terlalu meratapi kematian...

wAllaua'lam...