Juz 15, Surah 17 Al Isra ayat 7: "Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri..."
Akhsantum ... kamu berbuat baik
Dalam Islam konsep "berbuat baik" adalah dalam keadaan yang terbaik. Umpamanya mula dengan niat atau tujuan yg baik (semestinya perkara baik), buat dari sumber yg baik, perancangan yg baik, persembahan yg baik...dan berakhir dengan kualiti yg terbaik.
Untuk mencapai ahsan atau baik, kita perlu menyedari bahawa Allah maha melihat apa yg kita lakukan. Dalam terang, gelap, sendiri atau beramai2. Semuanya Allah maha tahu. Kalau ini yakini, kita akan buat baik dalam keadaan terbaik. Dan kita akan menyesal kalau tak berbuat baik.
Menyesal pun adalah satu perkara baik. Bayangkan kalau kita tak menyesal sebab tidak berbuat baik... atau tak menyesal kerana tidak buat perkara baik sebaik-baiknya...atau tak menyesal apabila buat jahat.
Sekarang ni kene fikir macam mana cara menyesal yg baik atau terbaik
Contohnya, menyesal tak solat asar sejurus masuk waktu...menyesal solat asar lewat... menyesal dulukan mesyuarat dari solat... menyesal solat asar menjelang senja...menyesal tak sempat solat asar
No comments:
Post a Comment