Subuh tadi Ustaz Nursalam memetik Surah Al-An'am ayat 125 yg bermaksud: Sesiapa yg Allah menghendaki akan memberikan kpdnya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memelok agama) Islam. Dan barangsiapa yg dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah2 dia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yg tidak beriman.
Surah Azzumar ayat 22 bermaksud: Maka apakah orang2 yg dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dr Tuhannya (sama dgn orang2 yg membatu hatinya)? Maka kecelakaan yg besarlah bagi mereka yg telah membatu hatinya utk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yg nyata".
Bagaimana kita boleh mengetahui yg kita termasuk dalam golongan hamba yang telah mendapat hidayah tersebut? Apakah tanda-tanda Allah telah melapangkan dada kita?
Ada tiga petunjuk atau tanda:
1. Kita suka pada kehidupan akhirat: Masa depan kita adalah akhirat. Iaitu syurga di mana kita hidup berdepan dengan Rasul, para sahabat & solihin di mahligai syurga. Nabi saw bersabda mahligai di syurga ada empat pintu:
. pintu pertama untuk menyambut tetamu datang yg terdiri
daripada para malaikat, muslimin & muslimat
. pintu kedua untuk menyambut isteri2...ada 70 bidadari
. pintu ketiga untuk meninjau keadaan neraka
. pintu keempat untuk bertajalli dengan Allah
Antara kehidupan dunia dan akhirat, Nabi saw dalam sabdanya berkata jika hujung kuku ahli syurga dicampakkan ke dunia, maka seluruh dunia (tujuh petala langit & bumi) atau universe akan menjadi terang. Dan jika dicampakkan gelang ahli syurga ke dunia, sinarannya akan mengalahkan cahaya matahari. Inilah gambaran kehidupan akhirat, syurga atau masa depan yg kita utamakan. Bukan masa depan di dunia yg fana ini.
Nabi saw juga bersabda bahawa taman di syurga masih kosong. Malaikat akan penuhi syurga dengan pepohon bagi setiap kali kita bertasbih dan bertahmid. Setiap tasbih kita tidak sia-sia.
Di syurga ada pasar pada setiap hari Jumaat pula. Ahli syurga dapat apa yg diinginkan dengan hanya memberi salam.
Demikianlan antara gambaran kehidupan akhirat iaitu masa depan kita. Yang telah mendapat hidayah akan berkejar-kejar untuk mendapatkan pahala & menjauhi dosa bagi memastikan mereka sampai ke darul hulud dgn jayanya.
2. Kita jadi amat berhati-hati pada tipu daya kehidupan dunia: Sekiranya hati kita telah disinari cahaya iman, kita amat waspada dengan kemilau dunia yg melalaikan. Nabi saw bersabda, jika kita inginkan akhirat maka Allah akan cukupkan dunia. Tetapi jika kita pilih dunia, Allah akan cerai beraikan urusannya. Urusan kita tak pernah selesai - bermula dari mengurus diri hinggalah kepada mentadbir famili, masyarakat dan memerintah negara. Kita takut miskin, kita takut ketinggalan zaman. Dunia kita jadi huru hara. Kita bagaikan orang yg kenyang hendak makan. Bahaya. Ini jauh berbeza dengan keadaan orang lapar yg hendak makan. Sedangkan rezeki telah ditetapkan. "Rezeki tidak dapat ditolak oleh semalas-malah orang dan tidak dapat dirampas oleh serakus-rakus manusia". Dunia dan akhirat saling cari mencari. Sesiapa yg mencari akhirat akan dicari dunia (sehingga dia merasa cukup dgn rezekinya). Sesiapa yg mencari dunia, akan dicari akhirat (kematian mencarinya, tanpa disedari maut datang tiba-tiba)
Sesiapa yg hatinya melekat pada kehidupan dunia, Allah akan ikat hatinya pada tiga perkara:
. sentiasa sebok, tidak mengenal hari dan masa (siang atau
malam)
. cita2 atau angan2nya tidak berperhentian, menembusi langit
. miskin kerana tidak pernah merasa cukup
Berhati-hatilah pada dunia. Dia amat indah apabila belum diperolehi.
3. Kita buat persediaan untuk hadapi kematian: Membuat banyak persediaan untuk menghadapi mati. Sebenarnya kita diberi tanda dan orang lain pun diberi isyarat atau alamat tentang kematian kita. Cuma, mungkin kita tidak dapat memahaminya. Umpamanya satu tahun sebelum mati kita sering minta maaf sebelum berpisah. 100 hari sebelum mati, kita lebih rajin kiamulail, berwasiat. Imam Al Ghazali sempat mandi & menyiapkan kain kafan. Nabi saw bersabda umur umatnya adalah 60-70 tahun...
Mungkin ada kesilafan dalam catatan ini, tetapi hakikatnya kematian amat hampir. Terkenang kisah dua orang anak yatim yg harta simpanan untuk mereka adalah sekeping papan tulis berbaris tujuh ayat yg bererti:
1. Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa adanya maut, tetapi dia masih ketawa
2. Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa satu hari dunia akan binasa, tetapi masih terpesona olehnya
3. Aku hairan terhadap orang yg mengetahui bahawa segala yg berlaku mengikut ketetapan Allah, tetapi masih berduka cita atas kehilangan sesuatu
4. Aku hairan terhadap sikap orang yg tahu bahawa dia akan dihisab di akhirat, tetapi masih mengumpul harta kekayaan
5. Aku hairan terhadap orang yg mengetahui neraka, tetapi masih masih melakukan maksiat
6. Aku hairan terhadap orang yg kenal Allah, tetapi masih mengingati selain dariNya
7. Aku hairan terhadap orang yg tahu adanya syurga, tetapi masih mencari keseronokan & kemewahan dunia.
No comments:
Post a Comment