Wednesday, April 22, 2009

Airmata jatuh ke dalam

Aku melawat Ojah, anak buah ku bersalin anak pertamanya di Bangi tadi. Di side table ada potongan apple. Tak boleh makan. Emak mertuanya hanya benarkan makan nasi, lada sulah & ikan haruan. Aduhai. Airmata jatuh ke dalam. Ojah memang tinggal dengan ibu mertuanya. Ibu kandung Ojah meninggal masa dia kecil dulu. Petang ni Ojah sudah boleh keluar hospital. Terus balik rumah ibu mertua. Bukan mudah nak jaga badan dan anak dalam pantang. Lagi2 anak pertama. Tiada pengalaman. Banyak emosi. Terbayang wajah aruah ibu Ojah, kakak iparku. Sayu. Terkilan tak dapat jaga Ojah dalam tempoh sebulan ni. Cepat2 aku pulang. Mata berkaca, bimbang jatuh berhamburan...

2 comments:

Nek Cun said...

Salam Timah, elok juga kalau berpantang masa baru melahirkan ni. Kam pun dulu camtu gak bila emak mertua jaga masa dalam pantang. Kebaikkannya hanya dapat kita rasakan bila kita sudah meningkat umur ni... baru rasa bersyukur kerana berpantang masa melahirkan dulu... urat2 tak mudah kembang atau masuk angin!... baru teringat jasa emak mertua!...Semoga Allah merahmati rohnya!... Amiiiinnn...

fatimah said...

Wsalam Kam, betul tu. Semuga Allah merahmati roh semua yang banyak berjasa pd kita