Perjalanan pulang kali ni terasa agak letih. Adakah kerana usia yang telah meningkat. Atau jadual yang agak padat. Namun pada Ilahi aku bersyukur dan pada Majikan aku berterima kasih. Jazakallahhaironkathiro. Dia melayan ku begitu baik sekali. Seolah2 aku setaraf dengan dia atau ahli keluarganya. Hotel & penerbangan sama. Alhamdulillah. Aku dapat menikmati syurga dunia. Aduhai ... meminjam kata2 Zuliani "money can buy many things". Sekejap lelap dan sekejap jaga. Dari perbualannya aku dapat mengagak anak muda di sebelah eksutikif antara bangsa. Hebat betul anak2 muda sekarang. Jeddah - Kl macam Kl - Seremban.
Tiba2 aku terjaga. Astaghfirullah!! Gergasi di sebelah ku??? Alhamdulillah. Selamat aku. Rupanya orang sebelah solat suboh di laluan. Selesai solat, aku termenung. Sejuk perut ibu mengandung. Dapat anak tinggi lampai, belajar pandai, kerja di luar negara & solat tak tinggal. Kalau aku ni emaknya hmm tak tahu what else to ask from God. Aku perhati, matanya terpejam, mulut komat kamit. Surah apa yang dihafal...Yassin? Al Waqiah? Al Mulk? Mungkin Al Baqarah kerana setelah selesai sarapan baru aku lihat dia menjamah hidangan. Sedangkan ada jemaah lain yang tak perasan sinaran subuh telah meninggalkan.
No comments:
Post a Comment