Musim cuti sekolah sama dengan musim pengantin. Baru-baru aku sempat ke Felda Kota Gelanggi 3 ikut rombongan pengantin lelaki, seorang saudara baru. Majlis meriah. Saudara mara jauh dan dekat datang meraikan. Masing-masing tak mahu ketinggalan sebab ini kenduri pengantin terakhir tuan rumah. Dua anak perempuan terakhir dinikahkan sekali. Empat pasang mempelai. Enam ekor lembu jadi kurban. Jamuan makan dari 11 pagi hingga 12 malam.
Cuaca panas. Berpeloh-peloh. Tiba masa pengantin di arak, kami yang mengiring pengantin lelaki, tertanya-tanya di mana kipas pengantin. Mak Andam kata dia terlupa nak bawa. Lepas tu mak andam tidak kelihatan lagi. Payung warna kuning diraja. Manakala pengantin mengenakan baju warna purple. Dalam kehangatan sauna semula jadi, pengantin tetap sporting. Terus senyum atas arahan cameraman. Di tempat yang semestinya Melayu 99% ni, cameramannya bangsa Tionghua....
Selepas pasangan kakak, tibalah pula giliran pasangan adik untuk bersanding. Mata ku terpaku pada pasangan adik. Masakan tidak. Payung pengantin merah jambu, sedondon dengan baju pengantin berwarna putih dan merah jambu. Begitu juga dengan warna kipas. Cameraman pun bangsa tionghua juga. Sebok dia mengarah itu itu pada mempelai. Pengantin perempuan diapit gadis tionghua, berpakaian santai ala-ala t-shirt dan seluar paras betis. Rupanya itulah mak andamnya @ jurusolek. Pelik bin ajaib. Tanpa jampi serapah zaman dulu, pengantin tetap ayu jelita.
Tidak tergambar olehku senario ini terjadi di penempatan Felda. Rumah-rumah, bangunan surau dan keseluruhan kampung tidak menggambarkan yang mereka adalah pemegang saham anak-anak syarikat Felda yang biasa kita lihat laporannya di media...
Apakah ini bunga-bunga one Malaysia?
2 comments:
Timah, sebenarnya one Malaysia boleh terlaksana kalau semua menuju ke arah yang sama... ie: Akhirat & Allah!... selagi tujuan itu tidak sama, maka selagi itulah ianya akan bercabang....
Salam Kam, betul tu
Post a Comment