Kira2 jam 5.30 petang 30 Ramadhan 1429 Cik Limah dapat serangan jantung. Tidak sedar hinggalah 9 malam, 2 Syawal Cik Limah menghembuskan nafas terakhir. Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11.30 pagi, Jumaat 3 Syawal. 83 tahun. Allahyarham "pergi" dalam keadaan berpuasa, hari terakhir Ramadhan. Kiranya puasa penuh sebulan. Baru khatam tadarus al Qur'an. MasyaAllah & Segala pujian hanyalah untuk Mu ya Allah, Yang mengatur setiap kejadian. Terkenang ibuku yang kembali ke Rahmatullah pada subuh Jumaat 10 Syawal 2 tahun lepas. Jenazah disembahyangkan di Masjid Negeri selepas solat Jumaat. Semuga Allah melimpahi mereka (termasuk arwah ayah ku, saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga, guru2 ku dan semua muslimin & muslimat yang telah pergi dahulu) dengan rahmat & keampunan. Aku imbas kembali amalan dua wanita waja ini di akhir-akhir hayat mereka sehingga terpilih kembali menemui Penciptanya di hari Jumaat yang mulia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Timah... Cik Limah dah selamat... tapi kita ni entah bila pulak!... walau apa pun, mati tetap akan datang menjemput kita... semoga Cik Limah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman... InsyaAllah!...
Wsalam. Betul tu Kam. Kita hanyalah seorang pengembara...
Post a Comment