Thursday, February 19, 2009

Selamat Hari Lahir

We went to Belanga at the Garden yesterday. Initially there were four of us, so we were not allowed to sit at the table for six. Muni, the birthday girl, told the waitress that she was a friend of the owner. I could see the waitress was not happy. Still she had to take away the "reserve" signage off the table. Yes we need a big table for we gonna have not enough space for nasi dagang, nasi kerabu, daging bakar, ayam panggang, ayam percik, lompat tikam, keropok, birthday cake, sirap selasih, teh ice, air kelapa etc etc. Freeflow of Kelantan delights.
Dalam keadaan ketat tali pinggang, Datin kite sempat pulak buat kejutan dengan deklamasi sajak. Pendek tapi padat. Antara ungkapannya yg menarik "dream with yr eyes wide open..." This kind of surprise she had never done before.
Anyway, it was my first time at the Garden. I find cantik, selesa, lapang & tak ramai orang. Sesuai untuk releks-releks, hepi-hepi, angan-angan. Sesekali. Kalau dapat check-in kat hotel di atas pun OK. First time terperanjat bila ke toiletnya. Beberapa washing basin not functioning. There was no bath area & no disposable toothbrush. The charge is RM5/pax. This certainly is another thing I will forget about the Garden.

Walau apapun, Happy Birthday Muni. Sama2lah kita tingkatkan iman. Semuga Allah melindungi & memberkati semua kehidupan kita yang semakin berkurang ini...

Wednesday, February 18, 2009

Still here

No I did not go into hiding. Not sabbatical of course! I guess it is just the conventional me that could not subscribe to full idea of an open diary. The past few months there were (still are) few things dominating (sucking energy out of me) my mind (or rather the "other" me) which are too personal, too sensitive, too private to write. And I don't think if by sharing here with others it will do me or others any good. I just wanna forget them...

Besides I was kept bz to catch up with my readings. I have been attending classes on Arabic language-cum-siroh held in my office after work twice a week. The ustaz is a phd holder. He often give the class some sort of preview or interlude which requires us to read more on our own ie if we want to know the ending or details. Bukan buat homework bahasa Arab but siroh. The ustaz keeps the students awake or the class more interesting by combining language, history, geography and travel. Listening to him, Many times I regret my previous visits to Syria, Turkey, Egypt & Lebanon. A "waste" because I missed the "jejak rasul" element. Why? No knowledge on siroh & happy-happy travel (ikut travel agent biasa). So much so now, where ever or when ever possible, I "justify" the so many books purchased many2 years ago. Almost 75% were left unread. Bak kate masih baru. I also spent many good hours googling the subject matters kat internet.

Ada kalanya terasa sayang dengan masa. Siroh atau pastikan ada bekalan untuk perjalanan ke alam barzakh & akhirat? Takut "malam pertama" (as Neckcun say) gelap & ngeri...

Wednesday, December 31, 2008

Tahun baru

Whole week this week I waited for tomorrow. 1st day of 2009. Cuti. So hope to iron baju which has been berlonggok2. Nak cuci dapur dapur etc. Nak susun buku2. Nak balik kampong...I imagine rumput dah tinggi. Entah ape jadi dengan nanas, pisang, sukun & nangka di keliling rumah. Dah masak ke? Entah2 dah habis di makan burung atau busuk begitu saja di pokok. & many2 more things to do. Almost every week-end November - December sebok kenduri & wedding. Kenalan setaman, teman2 sekolah, teman ofis lama, sedara-mara, jiran. Masing2 sambut menantu. nampaknya aku soranglah yg masih muda sebab belum ada menantu, belum ade cucu...


Tapi tak taulah. Tiba2 teringin nak tengok cucu sedara baru di Perak. Tiba2 terasa hiba. Kerana tiada lagi perkara utama yang perlu dibuat. Dulu asal cuti saja agenda pertama ialah arwah ibu atau ayah ku. Bawak jalan2. Atau sebok masak memasak panggil anak2 buah untuk makan2 dengan arwah emak. Rioh & meriah rumah dik hilai cucu-cicit emak. Sekarang ape jadi. Tiada sape datang rumah. Sepi. Berbagai2 rasa dalam hati...

Sunday, December 28, 2008

Hijrah 1430

Ustaz Dasuki menyarankan agar kita beriktiqaf sejenak. Tahun berlalu, ertinya kita lebih hampir kepada kiamat kecil. Oleh itu, apakah kita selama ini sudah benar2 menjalani hidup sebagai hamba Allah. Dan apakah sekiranya Rasulullah saw melihat kita, Baginda terus dapat mengenalpasti bahawa kita ini umatnya? ...kalau dilihat daripada gaya hidup kita, pekerjaan atau perusahaan kita, kenduri-kendara, sambutan hari raya, majlis perkahwinan kita .etc etc


Dan Ustaz Abdullah Yassin mengingatkan kita bahawa hijrah yang paling baik ialah hijrah dari yang batil kepada yang hak. Tinggalkan semua perkara yang bertentangan dengan nilai atau definisi Islam

Apabila Cinta Bertasbih

Itulah jodol novel ole-ole Munirah untukku sekembalinya dari Bali baru2 ini. Ditulis oleh pengarang Ayar-ayat Cinta. Background novel ni ialah pesantren di Pulau Jawa, Indonesia. Antaranya yang digambarkan ialah bagaimana orang2 di pesantren mencari atau menemui jodoh. "Proses"nya agak terbuka sedikit kalau dibandingkan apa yang berlaku di beberapa institusi pondok di Kelantan...

Saturday, December 20, 2008

Aspirasi tahun baru

Tak lama lagi awal Muharam & Januari pun tiba. InsyaAllah. Bulan muhasabah diri. Soalan biasa, dapatkah kita mencapai apa yang telah dirancang awal tahun dulu. Apa pulak perancangan tahun depan.
Dari sudut agama, rasanya progress atau pencapaian terlalu minimal. Istiqamah amat sukar. Bila ada kejutan, baru teringat kembali pada matlamat awal tahun (menyelamatkan diri dari kegelapan kubur dan siksaan neraka). Kejutan tu selalunya terjadi apabila aku mengalami musibah atau dugaan. Di antaranya problem, sakit/penyakit, kematian insan yang hampir dengan diriku... Kalau tak ada, kebiasaannya maut seolah2 very remote. Begitu juga akhirat.
Namun tahun ini aku perlu jadi hamba yang lebih bersyukur. Kembali sihat, terlepas dari beban hutang dan terus dilimpahi dan menikmati pelbagai nikmat & rahmat Allah.
Cuma akhir2 ini tercari2 apakah bukti pernyataan syukur ku ini cara yang terbaik. Ada teman dan kenalan yang mempersoalkan kewajaran mengutip derma/sedekah/zakat ke Cambodia, sedangkan di tanah air kita ni pun masih ramai lagi orang Islam yang hidup susah, miskin....
Namun bagi tahun 2009, rasanya aku perlu teruskan usaha mengutip dana untuk membantu komuniti Islam/Muslim di perkampongan terpencil di Cambodia mendirikan surau atau membaiki masjid yang ada. Selain daripada itu, untuk membawa beberapa pelajar dari Cambodia belajar di insitusi pondok di Malaysia. Langkah kecil ini boleh membantu syiar Islam terus tersibar & berkembang sihat di Cambodia. Pada ku, apa yang penting ialah saudara2 kita di sana dapat mengekalkan dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar mengikut Al Qur'an & sunnah Rasulullah saw. Taraf ekonomi mereka bukan isu utama. Bagi ku sekiranya kita dapat menjaga Islam, Insyaallah, Allah akan menjaga keperluan kita di dunia & akhirat.

Sunday, December 14, 2008

Islam itu nasihat-menasihati

Rata2 kita tidak dapat menerima teguran terutama mengenai perkara yang berkenaan dengan agama, akhirat atau harta dunia. Biarpun ingatan itu datang dari ibubapa, adik-beradik sendiri. Nasihat dengan cara halus, baik atau lembut pun selalunya berakhir dengan persengkitaan. Bagi yang ada kedudukan, dia akan gunakan kuasa vito. Berlakulah perang urat saraf. Adik-beradik tidak bertegur sapa, tuduh-menuduh. Waimma isteri pun takut kalau nak ingatkan suami....
Ustaz Abdullah Yassin memberi analogi. Tiba2 seseorang tepuk belakang kita dengan kuat. Kita rasa sakit, terperanjat & marah. Tapi bila ditunjukkan lebah atau lipan atau kala jengking yang ditepuk untuk menyelamatkan kita, kita tak putus2 mengucapkan terima kasih dan bersyukur. Sama juga, semasa kita memandu tiba2 ada kenderaan hon & tunjuk pintu belakang yang kurang rapat. Walaupun mula2 marah kerana dia hon, tetapi setelah sedar sebab sebenar, kita angkat tangan, ucapkan terima kasih.
Kalau kita boleh terima contoh seperti di atas, amat hairan mengapa kita marah bila adik-beradik, jiran tetangga, ulamak atau sesiapa mengingatkan sesuatu yang kita lakukan bertentangan dengan ajaran Islam, bahaya untuk aqidah kita, bahaya untuk akhirat kita? Kita marah, dendam, cela-mencela, keji-mengeji, sampailah ke cuci cicit terlibat. Sedangkan kehidupan kita di akhirat amat bergantung dengan apa yang kita lakukan di dunia dan rahmat Allah.
Islam ni way of life. Kalau kita sudah memelok Islam, mengapa kita pula tidak redha Islam memeluk kita?