Syukur Alhamdulillah. Petang tadi dapat jumpa Nekcun dan keluarga. Semua ceria (bahagia), husband, anak, menantu, bakal menantu dan cucu. Bila dengar dialog dan tengok orang yang bercakap, macam dalam drama RTM. Bila panggil Atuk, tengok Atuk handsome lagi. Uban pun tak nampak. Bila panggil Nenek, tercari2 siapa yang sesuai digelar nenek? Nekcun memang tepat pilih gelaran. Apalagi badan dah rincing berbanding masa sekolah dulu. Along pulak, walaupun dah bergelar ibu tapi rupa comel, macam college student 1st semester. Dalam hati berdetik juga kot ada patient yang tersilap mana satu doktor... Itulah yang dimaksudkan. Kekadang drama di TV kite guna pelakun2 yang muda2 dan cantik pegang watak nenek, makcik2 etc. Tapi itulah yang aku dapat rakamkan di rumah Nekcun petang tadi. Rupa masih muda sudah bergelar atuk, nenek dan ibu.
Manakan tak bimbang Nekcun
Mana pegi ikut sama... mesti!!
Almaklum pandu mobil berjenama
Masuk ofis pejabat director
Bukan sebarang bank ... Negara
Alamat rumah Mayang Sutera
Walaupun cun, perlu waspada
Manakan tak bimbang Nekcun
Mana pegi ikut sama... mesti!!
Almaklum pandu mobil berjenama
Masuk ofis pejabat director
Bukan sebarang bank ... Negara
Alamat rumah Mayang Sutera
Walaupun cun, perlu waspada
1 comment:
Salam Timah... lama betul tak menyinggah di sini, rupanya ada cerita kita pulak!.... hei, malu kita dibuatnya!...bila-bila free datanglah lagi, boleh kita bersembang-sembang panjang... almaklumlah, tak lama lagi kita pun nak join group awak tu!... group pensioner!... hehehe...
Post a Comment