Pak Mazlan sentiasa tepat mengunjungi YB Syuib di waktu-waktu yang ditetapkan dalam program Mesra Rakyat. "Assalamualaikum YB. Hari ni YB nampak segak", puji Pak Mazlan. "Waalaikumussalam. Terima kasih Pak Mazlan. Ada Pak Mazlan perlu bantuan dari saya?" balas YB Syuib. Tidak seperti ahli parti lain, Pak Mazlan ni hanya datang untuk menyampaikan pujian saja. Tak pernah dia minta bantuan, projek atau lain2 dari YB Syuib. Sedangkan YB Syuib boleh beri macam2. Rugi sungguh Pak Mazlan ni. Tak ambil peluang.
Begitulah kira2nya bunyi ibarat yang digambarkan Ustaz Anzaruddin kalau kita solat tetapi tidak membaca doa iftitah. Atau baca, tapi hanya versi pendek yang hanya berupa pujian2. Tidak memasukkan bahagian doa memohon keampunan daripada Allah semasa mengadapNya. Alangkah ruginya. Sedangkan Allah Maha Pengampun.
Sudah ku rujuk Kitab Al Azkar (oleh Al Imam Al Nawawi) ms79 iaitu bab bacaan sesudah takbiratul ihram. Panjang. Termenung sejenak. Semuga Allah bukakan seluas2 pintu hati untuk menghafalnya. Sedangkan Syams yang duduk di sebelahku telah pun mengamalkannya sejak usianya sembilan tahun. Makna doa iftitah yang panjang ini adalah seperti berikut:
Allahuakbar kabiro dgn segala kebesarannya.
Segala puji bagi Allah.
Maha Suci Allah pagi dan petang.
Ku hadapkan wajahku kpd Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan mengakui kebenaran dan menyerahkan diri padaNya.
Dan aku tidak tergolong dalam golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan semesta alam.
Tiada sekutu baginya, dgn demikianlah, aku diperintah dan tergolong dalam golongan dari orang2 Islam.
Ya Alah, Engkaulah penguasa, tiada tuhan selain Engkau.
Engkau Tuhan ku dan aku hamba Mu.
Ku anayai diri ku dan akui dosa ku.
Maka ampunilah dosa2 ku itu.
Kerana tiada yang mengampuni dosa2 ku itu kecuali Engkau.
Berilah hidayah pada ku untuk memiliki akhlak yang mulia, kerana tiada yang dapat membimbingku kecuali Engkau.
Hindarkan aku daripada akhlak yang buruk, kerana tiada yang dapat menghindarkannya dari aku kecuali Engkau.
Aku sambut panggilan Mu dan aku terima perintahMu.
Semua kebaikan berada di tangan Mu dan kejahatan tidak kembali kepada Mu. Aku bersama Mu dan aku kembali kepada Mu.
Engkau Maha Suci. Engkau Maha Tinggi.
Aku memohon maghfirahMu dan aku kembali bertaubat kepadaMu.
Ya Allah, pisahkanlah aku dari kesalahanku sebagaimana Engkau pisahkan kejauhan masyrik daripada maghrib.
Ya Allah sucikanlah diriku daripada kesalahan2ku sebagaimana pakaian putih dibersihkan daripada kotoran.
Ya Allah sucikanlah diriku daripada kesalahan dgn salji, air dan embun sejuk maghfirahMu.
No comments:
Post a Comment