Sunday, October 5, 2008

Manfaatkan...

"Manfaatkan masa muda sebelum tua, saat sihat sebelum sakit, waktu lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati". Pesanan ini berulang kali didengar. Benarlah bidalan Melayu "sudah terantuk baru terngadah". Sebelum ini aku tidak henti berdoa agar Allah mengizinkan aku menyambut 10 hari terakhir Ramadhan sebagaimana Ramadhan 1427. Walaupun tidak dapat dapat beriktiqaf di Masjidil Haram, namun aku bertekad akan cuba menghayati sepenuhnya sebagaimana yg diidamkan. Namun Allah sahaja yang tahu rahsia si sebalik sesuatu kerana Dia Yang Maha Mencipta, Yang Maha Tahu. Maha segala2nya. Telah ditakdirkan aku masuk hospital 24 - 28 Ramadhan. Sebulan setengah batuk. Seperti biasa tak makan ubat. Doktor suspect tb!! Terus demam. Bukan saje disebabkab batuk. Mental memikirkan macam mana nak menjalani hidup kalau betul2 tb. 10 terakhir Ramadhan jadi secondary. Stigma tb ni berat. I could see my siblings seolah2 dah berkabung bila dengar "suspect tb".

Hanya Allah yang tahu pukulan gelombang di hati. Serasa mati. Baru semalam aku merancang pelbagai aktiviti untuk bekalan masa depan. Tiba2 aku seolah2 telah berada di hujung jalan. Tuhan... Tiada maya. Ceiling & dinding sepi sekadar menyaksi. Malam terasa panjang. Lailatulqadar? Samar-samar.

Di saat itu baru aku benar2 memahami pesanan Rasulullah agar tidak menunggu, menanti. Aku bersyukur terlepas dari ancaman tb. Namun hikmah yang tidak ternilai ialah memanfaatkan segala yang ada di saat ini. Agar kesalan tidak timbul kemudian hari

4 comments:

masstongkol said...

Assalamualaikum,
Remember your previous post "surrender" maka inilah yang sebenarnya yang berlaku, sesungguhnya pabila apa yang di idamkan tidak di makbulkan jangan sedih walau sedikitpun kerana Allah yang berhak menentukan ganjaran pahala dan hanya DIA lah yang tahu apa hikmah sebaliknya.
Contoh... ramai merasakan jika kita istiqamah dalam solat sunnat kita adalah dalam keadaan yang lebih baik kedudukannya sehinggakan terkadang kita jadi manusia yang individualistik sehinggakan kita jadi tidak begitu "ikhlas" untuk membantu sahabat yang meminta bantuan dan merasakan alangkah ruginya kerana kita tidak dapat pahala solat itu...jika kita meninggalkan dan membantu sahabat Sesungguhnya apakah kita tahu di mana ganjaran yang lebih banyak... hanya allah yang tahu tetapi bagiku... dengan membantu sahabat itu lebih besar pahala dan ganjarannya kerana dengan hanya mendengar keluh kesah seorang hamba allah sehingga ia kembali tenang dan gembira itu jauh lebih mulia dan besar ganjaran dari kita terus mengerjakan solat sunnat apatah lagi kalau kita membantu menyelesaikan masalahnya...
REDHA... dengan segala kehendakNYA maka kita akan sentiasa tenang...dan aman ... hidup akan lebih bermakna....

sakit satu cabang peningkatan iman dan sabar... maka kita tidak tahu apakah dengan kesabaran dan keimanan yang teguh itu lebih besar dan bermakna dengan LAILATUQADAR itu...

wallahuallam bis sawab hanya allah yang bisa menjawab...kita hanya perlu pasrah dan REDHA....
....."SURRENDER"....

Nek Cun said...

Salam Timah. Kam do'akan semoga Timah cepat semboh dari batuk dan dijauhkan dari tb. Walau apa-apa pun, just to remind you that, sebarang musibah yang Allah turunkan pada kita adalah untuk menduga dan menguji kita samada kita redha dan sabar atau tidak pada qada' dan qadarnya... InsyaAllah, kita semua akan sentiasa mendapat Rahmat dan KeberkatanNya... Aaamiiin...

fatimah said...

Wsalam Zu, itulah yang tepat. Sesungguhnya episod itu menjadikan aku menjadi hamba yang lebih bersyukur kpd Allah & berterima kasih kpd sahabat handai, saudara mara & dr, jururawat & semua warga hospital atas doa & bantuan mereka.Jazakallahhairankathiro...

fatimah said...

Wsalam Kam. TQVM. Masa di hospital dulu, terbayang2 yr entry "Malam Pertama". Kiranya Allah masih mengasihi ku. TQ for yr doa. Alhamdulillah