Thursday, October 30, 2008

A Poem by Imran N Hosein

When you smile
You do not smile alone
For the flowers in the fields are always smiling!


And when you sing
You do not sing alone
For the birds, & the rivers, & the rain, & the wind, also sing!


And when you lough
You do not lough alone
For, aren't the children always loughing?


But when you weep, with weeping beyond tears
The heart weeps
It weeps alone...

Friday, October 17, 2008

Tinggal Kenangan

Kira2 jam 5.30 petang 30 Ramadhan 1429 Cik Limah dapat serangan jantung. Tidak sedar hinggalah 9 malam, 2 Syawal Cik Limah menghembuskan nafas terakhir. Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11.30 pagi, Jumaat 3 Syawal. 83 tahun. Allahyarham "pergi" dalam keadaan berpuasa, hari terakhir Ramadhan. Kiranya puasa penuh sebulan. Baru khatam tadarus al Qur'an. MasyaAllah & Segala pujian hanyalah untuk Mu ya Allah, Yang mengatur setiap kejadian. Terkenang ibuku yang kembali ke Rahmatullah pada subuh Jumaat 10 Syawal 2 tahun lepas. Jenazah disembahyangkan di Masjid Negeri selepas solat Jumaat. Semuga Allah melimpahi mereka (termasuk arwah ayah ku, saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga, guru2 ku dan semua muslimin & muslimat yang telah pergi dahulu) dengan rahmat & keampunan. Aku imbas kembali amalan dua wanita waja ini di akhir-akhir hayat mereka sehingga terpilih kembali menemui Penciptanya di hari Jumaat yang mulia...

Tuesday, October 7, 2008

Fenomina

Pak Nik berkongsi pengalaman lagi. Kali ini mengenai pengamatannya di surau2 dan masjid yang disinggahi sepanjang cuti Syawal ini. Dari Kota Bharu hinggalah ke Sabak Bernam. Rata2 yang berjemaah terdiri daripada mereka yang usianya 'sama waktu dengannya'. Naturally kumpulan ini tidak ramai bilangannya. Jadi ada masjid yang terlebih tiang dari makmum. Pak Nik merujuk pada solat waktu, bukan solat Aidilfitri. Kemana golongan lain yang menjadi sebahagian besar ahli qariah? Pemuda, remaja, kanak2 atau singkatnya golongan "berjeans"?

Di Sabak Bernam pula ada yang surau yang terus malap. Hanya dua tiga kerat. Orang dewasa pun tidak berminat ke surau. Selain dari fardhu kifayah, tiada tarikan untuk ke surau. Mungkin ada imam, tetapi tiada ketua, tiada motovasi untuk menarik orang ke surau dan masjid. Kalau ini terjadi juga di tempat lain, satu fenomina. Perlu ditangani segera. Bagaimana nak menarik golongan berjeans (bukan jin) untuk turut sama mengimarahkan masjid & surau kita, lambang Islam hidup & subur di negara kita.

Terkedu mendengarnya. Itu pull factor. Soalan besar yang tak tahu menjawabnya. Di peringkat kecil, push faktor dari ibubapa kat rumah? Terjadi di rumahtangga ku sendiri (belum berjaya). Setiap kali azan, pintu anak bujang 27 tahun ku ketuk supaya dia ke surau. Dekat. Lantang azan, tak perlu guna pembesar pun laungannya jelas. Jalan tak sampai 5 minit. Aku amat takut. Teringat siroh kalau tidak mengenangkan wanita & kanak2, Nabi Junjungan saw pun rase nak bakar rumah2 yang penghuninya tidak ke masjid untuk solat jemaah. Beratnya tanggungjawab sebagai ibu agar anak kita turut menjadi lambang syi'ar Islam...lenturlah buloh dari rebungnya

Sunday, October 5, 2008

Manfaatkan...

"Manfaatkan masa muda sebelum tua, saat sihat sebelum sakit, waktu lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati". Pesanan ini berulang kali didengar. Benarlah bidalan Melayu "sudah terantuk baru terngadah". Sebelum ini aku tidak henti berdoa agar Allah mengizinkan aku menyambut 10 hari terakhir Ramadhan sebagaimana Ramadhan 1427. Walaupun tidak dapat dapat beriktiqaf di Masjidil Haram, namun aku bertekad akan cuba menghayati sepenuhnya sebagaimana yg diidamkan. Namun Allah sahaja yang tahu rahsia si sebalik sesuatu kerana Dia Yang Maha Mencipta, Yang Maha Tahu. Maha segala2nya. Telah ditakdirkan aku masuk hospital 24 - 28 Ramadhan. Sebulan setengah batuk. Seperti biasa tak makan ubat. Doktor suspect tb!! Terus demam. Bukan saje disebabkab batuk. Mental memikirkan macam mana nak menjalani hidup kalau betul2 tb. 10 terakhir Ramadhan jadi secondary. Stigma tb ni berat. I could see my siblings seolah2 dah berkabung bila dengar "suspect tb".

Hanya Allah yang tahu pukulan gelombang di hati. Serasa mati. Baru semalam aku merancang pelbagai aktiviti untuk bekalan masa depan. Tiba2 aku seolah2 telah berada di hujung jalan. Tuhan... Tiada maya. Ceiling & dinding sepi sekadar menyaksi. Malam terasa panjang. Lailatulqadar? Samar-samar.

Di saat itu baru aku benar2 memahami pesanan Rasulullah agar tidak menunggu, menanti. Aku bersyukur terlepas dari ancaman tb. Namun hikmah yang tidak ternilai ialah memanfaatkan segala yang ada di saat ini. Agar kesalan tidak timbul kemudian hari