Monday, June 9, 2008

Takziah

Hari-hari yang sayu. Amir kembali ke Rahmatullah 4.45 petang, Ahad 8 Jun 2008. Selamat dikebumikan 10.30am Isnin 9 Jun. Semuga Allah merahmati ruhnya.


Dari Imran bin Hazm ra Nabi saw bersabda: "Tidak ada seorang mukmin pun yang bertakziah kepada saudaranya kerana sesuatu musibah yang menimpanya, melainkan Allah swt akan memberinya pakaian daripada pakaian yg penuh kemuliaan pada hari kiamat". (HR Ibnu Majah dan Al baihaqi dengan isnad hasan)


Takziah ialah menyabarkan, menyebut sesuatu sebagai hiburan bagi keluarga yang ditinggalkan mayat, meringankan rasa sedih dan mengurangi duka. Hukumnya sunat kerana di dalamnya terdapat unsur amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Takziah disunatkan sebelum mayat dikuburkan dan dalam tempoh tiga hari sesudahnya.


Cara takziah yang terbaik adalah yang sebagaimana diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Usamah bin Zaid:


"Salah seorang putri Rasullullah saw mengutus seorang memberitahu Rasulullah saw bahawa anaknya (iaitu cucu Rasulullah saw) meninggal dunia. Maka berkatalah Nabi saw kepada utusan itu: Kembalilah dan khabarkanlah kepadanya bahawasanya apa yg diambil Allah itu ialah milikNya. Dan apa yang diberikan adalah milikNya. Tiap2 sesuatu di sisi Allah telah ditentukan batas akhirnya (iaitu ajal). Katakanlah kepadanya hendaklah ia bersabar dan mengharap hanya kepada Allah...".


Pesanan Imam Shafie: "Yang pergi telah menepati ketentuan Ilahi. Orang yang ditakziah juga tidak kekal. Demikian pula dengan orang yang bertakziah. Walaupun kedua-duanya masih hidup".



No comments: