Sunday, June 22, 2008

From Jenjarom to Gstaad

"Zurich here I come!" With 4 hrs transit in Dubai, the journey will take about 16 hrs time. 2 hrs by train to Basel and another 2 hrs by car to Gstaad... Aha not me yaar, but it is MY pineapples that will fly all the way with Ida to Gstaad 2nite. Rase happy. Puas hati. This is the 2nd time my "labour of luv" jadi santapan cucu-cicit Napoleon Bonaparte...he..he..he


Tapi malam ni rase sesuatu jugalah bcos this means I won't be seeing Ida until end August. I will go to classes without her. No more lunch on Friday at her place. I enjoy her simple cooking: terubuk panggang, sambal belacan, ulam2man, sirap limau selasih.


I got to know Ida 3 yrs ago, di Syria. A quiet person. Ringan tulang. Sama minat. Sama dalam pandangan hidup. Masih solo, jadi senang kalau perlukan teman. She works as a nanny in Switzerland during summer & winter holidays. & 2nite she is flying back to Zurich for her summer vocation.


When I 1st found out about Ida's job, rasa cemburu jugaklah. Tak terfikir ada schedule kerje macam tu. Kerja 3 bulan, cuti 3 bulan. She leads simple life. Gaji cukup untuk makan & sesekali cuti dengan kawan2 (apa lagi dah ada Airasia) dan umrah masa Ramadhan. Walaupun dah lebih 20 tahun keluar masuk negeri orang putih, tapi Ida cuma bercita2 (bila tiba masanya) hendak tinggal di pondok... "kalau tak dapat tinggal di Mekah, duduk di serambi Mekah pun memadai". & hari Jumaat lepas Ida berpeluang berkenalan & beramah mesra dengan warga pondok Balai Dakwah Jeram (Datin jemput makan kenduri di sana). Mungkin itu kenangan manis yang dibawa pulang ke Gstaad...

Dream in Cambodia - update

Alhamdulillah. Got building plan from Zaki. Simple design (kotak sabun). 11 X 6 meters. I don't see obulation/toilet for male & female. Estimated cost US$12,900. It probably has not included electrical work, water & loud speaker. So far RM36,600 has been pledged. Will remit US$5K this week, InsyaAllah. I hope to collect US$20K for the surau...

Sunday, June 15, 2008

Progress

Semalam (Sunday June 15) sempat menghadiri forum "Perilaku Al Muttaqin" di Surau Section 11. Tempoh satu jam, after subuh. Dua orang panel. Petikan:


. "dalam Islam, progress bererti kembali kepada teras". Kalau pencapaian kita tinggi (seperti ilmu, harta yg dihimpun, pangkat, gelaran atau anugerah yang diperolehi dll), namun semuanya tidak memperlihatkan keperibadian Islam dalam kehidupan seharian kita, itu tidak disifatkan sebagai kemajuan...


. kalau sudah bertahun-tahun solat, namun perilaku tidak menunjukkan akujanji yang diikrarkan dalam solat di luar solat, maka kita perlu buat ukuran segera. Kemungkinannya kita kurang ilmu mengenai iman dan takwa. Ref Al Imran ayat 102.










.

Wednesday, June 11, 2008

Gelombang di hati

Dari HAMKA


Bukit tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Mengapa payah belayar jauh
Mencari mutiara di laut dalam
Sudahlah patut kapal bersauh
Bawalah menung di pinggir malam


Bilalah larut malam gelita
Bilalah sepi dunia keliling
Dengar suara di jiwa kita
Jelas terdengar meskipun hening


Biar bumi berkalang kabut
Huru hara meliputi alam
Fikiran tenang tidak ku ribut
Hati ku tetap jiwa tenteram

Tuesday, June 10, 2008

An Inspiration

Jahangir Khan: Over 500 matches in five years, he was unbeaten.

"I train very hard. I wake up at 5am for prayers & start training with a-seven mile run. This is folowed by 400 metres dash, endless sprints on the court & racket drills. I watch my diet. I don't smoke & I drink no alcohol. I don't go out partying. I go to sleep at 8pm. And I do this everyday".

Monday, June 9, 2008

Takziah

Hari-hari yang sayu. Amir kembali ke Rahmatullah 4.45 petang, Ahad 8 Jun 2008. Selamat dikebumikan 10.30am Isnin 9 Jun. Semuga Allah merahmati ruhnya.


Dari Imran bin Hazm ra Nabi saw bersabda: "Tidak ada seorang mukmin pun yang bertakziah kepada saudaranya kerana sesuatu musibah yang menimpanya, melainkan Allah swt akan memberinya pakaian daripada pakaian yg penuh kemuliaan pada hari kiamat". (HR Ibnu Majah dan Al baihaqi dengan isnad hasan)


Takziah ialah menyabarkan, menyebut sesuatu sebagai hiburan bagi keluarga yang ditinggalkan mayat, meringankan rasa sedih dan mengurangi duka. Hukumnya sunat kerana di dalamnya terdapat unsur amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Takziah disunatkan sebelum mayat dikuburkan dan dalam tempoh tiga hari sesudahnya.


Cara takziah yang terbaik adalah yang sebagaimana diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Usamah bin Zaid:


"Salah seorang putri Rasullullah saw mengutus seorang memberitahu Rasulullah saw bahawa anaknya (iaitu cucu Rasulullah saw) meninggal dunia. Maka berkatalah Nabi saw kepada utusan itu: Kembalilah dan khabarkanlah kepadanya bahawasanya apa yg diambil Allah itu ialah milikNya. Dan apa yang diberikan adalah milikNya. Tiap2 sesuatu di sisi Allah telah ditentukan batas akhirnya (iaitu ajal). Katakanlah kepadanya hendaklah ia bersabar dan mengharap hanya kepada Allah...".


Pesanan Imam Shafie: "Yang pergi telah menepati ketentuan Ilahi. Orang yang ditakziah juga tidak kekal. Demikian pula dengan orang yang bertakziah. Walaupun kedua-duanya masih hidup".



Thursday, June 5, 2008

Begitu cepat...

Rasa tak bermaya. Dapat berita Am's condition had worsened. Sooner than the specialists' warning... nak balik secepat mungkin, to be by his side

Wednesday, June 4, 2008

Termasuk kah kita?

Ahli Syurga.

Surah Adz Dzaariyaat ayat 16-18: "...sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang2 yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidor di waktu malam, dan di akihir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)"

Tiru-meniru

Pesanan HAMKA

Bergaul dengan orang baik-baik akan membawa diri sendiri kepada perbuatan yang baik, kerana kehidupan adalah tiru-meniru dan pindah-memindah.

"Darihal sesaorang tak usahlah engkau tanya. Tetapi tanyailah siapa temannya, sebab tiap-tiap teman adalah tiru-meniru"

Any comment??

Untuk renungan

Dosa yang menimbulkan rasa rendah diri dan memerlukan rahmat Allah adalah lebih baik daripada perbuatan taat yang membangkitkan rasa ujub dan besar diri

Senyuman

Kepercayaan masyarakat Arab:

Senyuman dan tampak riang adalah tanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai dan kecerdikan fikiran.

Muka yang bersih adalah tanda yang suka memberi dan bersuka-cita ketika dipinta sesuatu. Dia kelihatan gembira ketika kita datang, seolah-olah kita membawakannya apa yang sedang diidamkan

Monday, June 2, 2008

Seterang manakah cahaya di hati kita?

Antara pesanan Nabi saw kepada Abu Dzar:


"Hi Abu Dzar, jika cahaya memasuki hati, maka hati akan terasa luas & lapang"

Abu Dzar bertanya: "Apakah tand-tandanya ya Rasulullah?"

Rasulullah saw menjawab: "Aktiviti kita berorientasi ke negeri yg kekal, cenderong menjauhi sandiwara dan bersedia mengingati mati sebelum tiba ajal"