Walaupun Imam dah beritahu tazkiroh pagi ni pendek, tetapi sempat juga aku terlena. Melayang-layang, antara dengar dengan tidak. Tiba2 dah closing. Yang jelas hanya pesanan Imam: "Dunia ini Allah jadikan untuk manusia. Namun manusia dijadikan untuk akhirat. Nabi saw adalah kekasih Allah. Allah beri semua yang terbaik untuk baginda. Kalau harta adalah yang paling baik, sudah tentu Allah akan berikan kepada Nabi saw. Demikian juga kalau kerajaan besar yang paling baik untuk Nabi, sudah tentu Allah akan berikan kerajaan yang paling gagah kepada baginda. Oleh itu fikir2kanlah. Terutama sekali bagi kita yang usia telah melangkau lebih 50 tahun".
Monday, May 25, 2009
Sunday, May 24, 2009
Central Sugar
Bayangkan Central Sugar tidak beroperasi 24 jam. Kekurangan gula di sana sini. Kesannya berbagai2. Kalau operasi hanya 8 jam sehari pun boleh gawat juga. Begitulah bayangan ustaz bila masjid kita tidak beroperasi 24 jam. Rata2 hanya "buka" beberapa minit , lima kali sehari. Kilang yang sepatutnya menjana, lelaki2 soleh, wanita muslimah, anak2 yang taat pada Allah dan Rasulullah saw, tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kilang kita tiada product. Tidak productive. Sedangkan mengimarahkan masjid besar ganjarannya di dunia dan akhirat. Sayang...
Sunday, May 17, 2009
Have we ever thought...
Bridget Menezes:
Think before you speak
Watch your thoughts, they become your words
Watch your words, they become your actions
Watch your actions, they become your habits
Watch your habits, they become your character
And watch your character, it becomes your destiny
Everything starts with a thought
Think before you speak
Watch your thoughts, they become your words
Watch your words, they become your actions
Watch your actions, they become your habits
Watch your habits, they become your character
And watch your character, it becomes your destiny
Everything starts with a thought
Friday, May 15, 2009
Muslim
Two days ago a staff asked me if he should take over a voluntary assignment from a friend simply because of a misunderstanding occured between them some days before. My opinion is one must forgive each other. Today I forgive you. Probably there will time in future that I need your forgiveness, without which I may suffer sleepless nights for the rest of my life. Why can't we just see the person we had wronged and clear the issues the gentleman-way? Why we choose to carry such burden (guilt, anger, frustration) for the rest for the rest of our life? Wherever we are, why not we become "muslim" first before calling ourselves engineers, managers, consultants etc etc. Deep in our heart, can't we accept that we are muslim engineers, muslim managers, muslim consultants etc etc? That should we differ in opinion, should we made wrong judgement, should we make mistakes, we can forgive each other? And thereafter work, play and sit together again? Afterall, we all Muslims - muslim brothers & sisters
Wednesday, May 13, 2009
Perasaan
A strange subuh. Suddenly I missed Rasulullah saw, like I never missed any one before. Lorong ke surau nampak jauh dan langkah ku jadi berat. Mengapa songsang. Ku cuba tenggelamkan diri dalam ayat-ayat surah Al Baqarah 284, 285 & 286 serta Ali Imran 18,19, 26 & 27... agar kembali tenang.
Diriku ini
Diri ku ini
Sering kali tak dapat ku kawal
Sepi dan hiba
Bagai ombak di pesisir pantai
Namun itu tidak mengapa
Kerana tidak mengusik sesiapa
Diri ku ini
Ada ketikanya jadi bahaya
Bagai singa
Bila perasan merajai keadaan
Pisau tumpul jadi tajam
Diri ku ini
Akhir-akhir ini selalu takut
Luntur keyakinan silam
Tersekat di persimpangan
Diri ku ini
Sesuatu lari, tidak seiring
Cermin di dinding bagai musuh
Lalu aku pusing jauh
Kenapa
Di lubuk hati tersimpan jawapan
Buktinya jelas dalam percakapan
Walaupun bulan bicara sendiri
Tuesday, May 12, 2009
Doa Iftitah
Pak Mazlan sentiasa tepat mengunjungi YB Syuib di waktu-waktu yang ditetapkan dalam program Mesra Rakyat. "Assalamualaikum YB. Hari ni YB nampak segak", puji Pak Mazlan. "Waalaikumussalam. Terima kasih Pak Mazlan. Ada Pak Mazlan perlu bantuan dari saya?" balas YB Syuib. Tidak seperti ahli parti lain, Pak Mazlan ni hanya datang untuk menyampaikan pujian saja. Tak pernah dia minta bantuan, projek atau lain2 dari YB Syuib. Sedangkan YB Syuib boleh beri macam2. Rugi sungguh Pak Mazlan ni. Tak ambil peluang.
Begitulah kira2nya bunyi ibarat yang digambarkan Ustaz Anzaruddin kalau kita solat tetapi tidak membaca doa iftitah. Atau baca, tapi hanya versi pendek yang hanya berupa pujian2. Tidak memasukkan bahagian doa memohon keampunan daripada Allah semasa mengadapNya. Alangkah ruginya. Sedangkan Allah Maha Pengampun.
Sudah ku rujuk Kitab Al Azkar (oleh Al Imam Al Nawawi) ms79 iaitu bab bacaan sesudah takbiratul ihram. Panjang. Termenung sejenak. Semuga Allah bukakan seluas2 pintu hati untuk menghafalnya. Sedangkan Syams yang duduk di sebelahku telah pun mengamalkannya sejak usianya sembilan tahun. Makna doa iftitah yang panjang ini adalah seperti berikut:
Allahuakbar kabiro dgn segala kebesarannya.
Segala puji bagi Allah.
Maha Suci Allah pagi dan petang.
Ku hadapkan wajahku kpd Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan mengakui kebenaran dan menyerahkan diri padaNya.
Dan aku tidak tergolong dalam golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan semesta alam.
Tiada sekutu baginya, dgn demikianlah, aku diperintah dan tergolong dalam golongan dari orang2 Islam.
Ya Alah, Engkaulah penguasa, tiada tuhan selain Engkau.
Engkau Tuhan ku dan aku hamba Mu.
Ku anayai diri ku dan akui dosa ku.
Maka ampunilah dosa2 ku itu.
Kerana tiada yang mengampuni dosa2 ku itu kecuali Engkau.
Berilah hidayah pada ku untuk memiliki akhlak yang mulia, kerana tiada yang dapat membimbingku kecuali Engkau.
Hindarkan aku daripada akhlak yang buruk, kerana tiada yang dapat menghindarkannya dari aku kecuali Engkau.
Aku sambut panggilan Mu dan aku terima perintahMu.
Semua kebaikan berada di tangan Mu dan kejahatan tidak kembali kepada Mu. Aku bersama Mu dan aku kembali kepada Mu.
Engkau Maha Suci. Engkau Maha Tinggi.
Aku memohon maghfirahMu dan aku kembali bertaubat kepadaMu.
Ya Allah, pisahkanlah aku dari kesalahanku sebagaimana Engkau pisahkan kejauhan masyrik daripada maghrib.
Ya Allah sucikanlah diriku daripada kesalahan2ku sebagaimana pakaian putih dibersihkan daripada kotoran.
Ya Allah sucikanlah diriku daripada kesalahan dgn salji, air dan embun sejuk maghfirahMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)