Saturday, December 20, 2008

Aspirasi tahun baru

Tak lama lagi awal Muharam & Januari pun tiba. InsyaAllah. Bulan muhasabah diri. Soalan biasa, dapatkah kita mencapai apa yang telah dirancang awal tahun dulu. Apa pulak perancangan tahun depan.
Dari sudut agama, rasanya progress atau pencapaian terlalu minimal. Istiqamah amat sukar. Bila ada kejutan, baru teringat kembali pada matlamat awal tahun (menyelamatkan diri dari kegelapan kubur dan siksaan neraka). Kejutan tu selalunya terjadi apabila aku mengalami musibah atau dugaan. Di antaranya problem, sakit/penyakit, kematian insan yang hampir dengan diriku... Kalau tak ada, kebiasaannya maut seolah2 very remote. Begitu juga akhirat.
Namun tahun ini aku perlu jadi hamba yang lebih bersyukur. Kembali sihat, terlepas dari beban hutang dan terus dilimpahi dan menikmati pelbagai nikmat & rahmat Allah.
Cuma akhir2 ini tercari2 apakah bukti pernyataan syukur ku ini cara yang terbaik. Ada teman dan kenalan yang mempersoalkan kewajaran mengutip derma/sedekah/zakat ke Cambodia, sedangkan di tanah air kita ni pun masih ramai lagi orang Islam yang hidup susah, miskin....
Namun bagi tahun 2009, rasanya aku perlu teruskan usaha mengutip dana untuk membantu komuniti Islam/Muslim di perkampongan terpencil di Cambodia mendirikan surau atau membaiki masjid yang ada. Selain daripada itu, untuk membawa beberapa pelajar dari Cambodia belajar di insitusi pondok di Malaysia. Langkah kecil ini boleh membantu syiar Islam terus tersibar & berkembang sihat di Cambodia. Pada ku, apa yang penting ialah saudara2 kita di sana dapat mengekalkan dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar mengikut Al Qur'an & sunnah Rasulullah saw. Taraf ekonomi mereka bukan isu utama. Bagi ku sekiranya kita dapat menjaga Islam, Insyaallah, Allah akan menjaga keperluan kita di dunia & akhirat.

No comments: