Wednesday, August 12, 2009

Bersara

11 days in retirement, I am still unable to do things that I had listed earlier.
Kemas dapur, kemas kabinet, kemas store. Nak mula hidup baru. Semua tertunda
gara2 sakit perut salah makan masa hepi2 di Bandung
Cuti yg tak ber baloi. Apahal aku redha & yakin ada yang lebih baik dalam perancangan
Yang Maha Esa.

Sunday, August 9, 2009

Blackberry

Today is historical for me. I am writting this entry via blackberry. TQ to my boss
(x boss?). On my last day, she gave me a sleek Salvatore handbag, a pair of
Todd courtshoes and this bb.
Ah... I need to fly many2 hours away to justify using those branded items.
Not the normal AAsia destination. What a wild imagination for a retiree! - commented my heartthrob (throbs no more).
A friend teased me that I could not be too naïve when getting a bb as a retirement gift.
Hmm apehal pun sakit matalah dibuat dek gadget ni..

Wednesday, July 29, 2009

Yasmin

Sedang leka dengan urusan dunia, tiba2 aku dikejutkan oleh berita pemergian Yasmin. Pesanan Ustaz Kamal Syaari mengenai kematian menerpa di depan ku. Sebelum ini subjek ni agak remote. "Kematian adalah satu musibah. Tetapi musibah yang paling besar ialah bila kita lupa pada kematian. Kita selalu melihat kematian. Namun kita tidak pernah melihat kepada kematian. Setiap kali kita bangun pagi kita pun tak pernah bertanya mengapa Allah masih menghidupkan kita. Dan pernahkan kita tertanya2 bila kita akan mati? Dalam Islam, mengingati mati adalah sunnah. Sedangkan dalam agama lain, pantang kita sebut mati. Ingat atau tidak, kematian mesti kita lalui. Bersebab atau tidak, muda atau tua, susah atau senang, sihat atau sakit bukan syarat untuk hidup atau mati. Tetapi kalau usia sudah melepasi setengah abad, jangan lari dari memikirkan soal mati".
Semuga Allah meletakkan ruh Yasmin di makam yang tertinggi bersama para solehin yang terdahulu. Begitu hebat hubungan arwah dengan orangtuanya. Semuga Allah merahmati Yasmin.

Friday, July 17, 2009

Teoh Beng Hock

Pagi ini jalan ke ofis jem. Sana sini di Shah Alam jem. Sebabnya berkaitan dengan penemuan mayat Teoh Beng hock di Plaza Masalam. Peristiwa ni menggemparkan seluruh negara.

Malang dan misteri. Rupanya MACC boleh soalsiasat orang sampai 3.45 pagi. MasyaAllah. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kita boleh bertahan dalam keadaan begitu... Mesti letih, lesu, lembik. Lepas tu boleh pulak dibiarkan untuk berihat sendirian. Tidak ke boleh minta tolong Polis hantar Teoh balik rumah? Atau kalau perlu hantar ke hospital? Balai Polis dekat & Hospital DEMC pun tak jauh.
Kenapalah sampai begitu sekali. Walaupun besar kuasa kita, bukankah kita ni sesama manusia? Di manakah nilai kemanusiaan kita tinggalkan? Dan kalau pulak kita ni Islam, mengapalah kita tidak menjadikan Muslim di depan kita? Doktor Muslim, Jurutera Muslim, Pegawai Muslim... sampainya hati buat begitu. Tak terfikir ke emak bapa kita sendiri, emak bapak Teoh sebelum buat sesuatu. Terlupa ke diri kita sendiri ini siapa...sampainya hati

Wednesday, July 15, 2009

Warren Buffet

This is an extract of an e-mail I received today:

Warren Buffet is the world's 2nd richest man. He has donated US$31billion to charity. His advice to young people:

Stay away from credit cards and bank loans. Invest in yourself, and remember:
1. Money doesn't create man but it is man who created money
2. Live your life as simple as possible
3. Don't do what others say. Listen to them. But do what you feel good about doing
4. Don't follow brand names. Just wear those things you feel comfortable
5. Don't waste your money, rather spend your money on things you really need
6. Afterall it is your life, so why allow others to rule you

The happiest people do not necessarily have the best things. They simply appreciate the things they have.

....hmmm coming from Warren Buffet. What did I do the last 15 years

Thursday, July 9, 2009

A special occasion

For a special occasion,
Not every one gets a present
Not every one gives a present
One gets a present sometimes
One gives a present sometimes
Does one get a present?
Does one give one a present?
Doesn't one get a present
Doesn't one give a present
One doesn't get a present
One doesn't give a present
Does a present matter?
Or is the occasion that matter??
Probably it depends
...who gets the present
...who gives the present
...or whose occasion??

Monday, June 29, 2009

Rejab, Sya'ban & Ramadhan


Syukur dapat melangkah ke bulan Rejab. "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban. Dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan". Kata Ustaz Ahmad Dasuki, inilah doa yang biasa kita zikirkan bila masuk bulan Rejab. Senang cakap, kita kata apahal pun biarlah sempat raya. Kenapa? Mungkin sebab kita nak bermaaf-maafan sekiranya ditakdirkan umur tak panjang.

Hilite mana-mana ceramah agama sepanjang bulan Rejab yang penuh barakah ini ialah mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. Antara pengalaman Ustaz Dasuki ialah beliau pernah ditanya oleh seorang professor beragama Islam bangsa Melayu, sekiranya peristiwa Isra' Mi'raj ini benar...

Sehubungan dengan itu, Ustaz mengatakan bahawa Allah berikan kita tiga perkara untuk jadi pandai: pelbagai deria, akal fikiran dan Qur'an & hadis/sunnah. Tinggi manapun kita belajar, tidak semua ilmu kita boleh terokai, ketahui atau taklui. Oleh itu, kita mesti kembali kepada khazanah yang ditinggalkan oleh Rasul Junjungan kita iaitu Qur'an dan sunnah agar kita jadi insan yang berfikir. Dan antara pesanan Rasulullah saw manusia yang paling pandai ialang orang yang selalu mengingati kematian.