Monday, June 29, 2009

Rejab, Sya'ban & Ramadhan


Syukur dapat melangkah ke bulan Rejab. "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban. Dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan". Kata Ustaz Ahmad Dasuki, inilah doa yang biasa kita zikirkan bila masuk bulan Rejab. Senang cakap, kita kata apahal pun biarlah sempat raya. Kenapa? Mungkin sebab kita nak bermaaf-maafan sekiranya ditakdirkan umur tak panjang.

Hilite mana-mana ceramah agama sepanjang bulan Rejab yang penuh barakah ini ialah mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. Antara pengalaman Ustaz Dasuki ialah beliau pernah ditanya oleh seorang professor beragama Islam bangsa Melayu, sekiranya peristiwa Isra' Mi'raj ini benar...

Sehubungan dengan itu, Ustaz mengatakan bahawa Allah berikan kita tiga perkara untuk jadi pandai: pelbagai deria, akal fikiran dan Qur'an & hadis/sunnah. Tinggi manapun kita belajar, tidak semua ilmu kita boleh terokai, ketahui atau taklui. Oleh itu, kita mesti kembali kepada khazanah yang ditinggalkan oleh Rasul Junjungan kita iaitu Qur'an dan sunnah agar kita jadi insan yang berfikir. Dan antara pesanan Rasulullah saw manusia yang paling pandai ialang orang yang selalu mengingati kematian.

Friday, June 12, 2009

Hati

Pagi ni bagai di susun2. Dapat e-mail tentang hati. Petua bagaimana nak mencuci hati. Tips dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Berbelas-belas. Salah satunya, tutuplah setiap pertemuan dengan ucapan maaf seikhlas hati.
Tazkiroh singkat subuh ni pun menyentuh subjek yang agak sama. Antara caption yang menarik dari Pak Nik ialah "The heart of (many) problems is problem of the heart". Man is a dual being that he has spirit (the "I", the "my heart" that we always refer to) and body. Aksi ditentukan oleh keadaan hati yang menguasai minda. Oleh itu, kalau kita inginkan perlakuan yang baik, puncanya ialah kesihatan hati. Pesanan Pak Nik, generally kita selalu overly concern pada kecantikan body, kecantikan rumah, kecantikan kereta. Bukan kebersihan hati. Itu antara sebab, kita ada rumah cantik, isteri cantik, kereta cantik tetapi masih tak lena tidor. Wallaua'lam.
Khamis lepas Ustaz Dasuki pun bercakap tentang hati. Buta hati. Iaitu, orang yang tidak dapat melihat hakikat kebenaran dan hakikat kesalahan. Orang yang buta hati selalu lari dari Tuhan. Sebaliknya dia mengejar sesuatu yang tidak kekal, walaupun di penghujung usia. Dia tidak menghampiri Tuhan kerana terlalu sibuk dengan sesuatu yang tidak kekal.
Pesanan Ustaz, ingatlah harta yang bertungkus lumus dikumpulkan tidak ikut kita ke kuburan. Yang mengikut kita ialah soalan bagaimana kita memperolehinya dan bagaimana kita membelanjakannya.

Sunday, June 7, 2009

One Malaysia

Musim cuti sekolah sama dengan musim pengantin. Baru-baru aku sempat ke Felda Kota Gelanggi 3 ikut rombongan pengantin lelaki, seorang saudara baru. Majlis meriah. Saudara mara jauh dan dekat datang meraikan. Masing-masing tak mahu ketinggalan sebab ini kenduri pengantin terakhir tuan rumah. Dua anak perempuan terakhir dinikahkan sekali. Empat pasang mempelai. Enam ekor lembu jadi kurban. Jamuan makan dari 11 pagi hingga 12 malam.


Cuaca panas. Berpeloh-peloh. Tiba masa pengantin di arak, kami yang mengiring pengantin lelaki, tertanya-tanya di mana kipas pengantin. Mak Andam kata dia terlupa nak bawa. Lepas tu mak andam tidak kelihatan lagi. Payung warna kuning diraja. Manakala pengantin mengenakan baju warna purple. Dalam kehangatan sauna semula jadi, pengantin tetap sporting. Terus senyum atas arahan cameraman. Di tempat yang semestinya Melayu 99% ni, cameramannya bangsa Tionghua....


Selepas pasangan kakak, tibalah pula giliran pasangan adik untuk bersanding. Mata ku terpaku pada pasangan adik. Masakan tidak. Payung pengantin merah jambu, sedondon dengan baju pengantin berwarna putih dan merah jambu. Begitu juga dengan warna kipas. Cameraman pun bangsa tionghua juga. Sebok dia mengarah itu itu pada mempelai. Pengantin perempuan diapit gadis tionghua, berpakaian santai ala-ala t-shirt dan seluar paras betis. Rupanya itulah mak andamnya @ jurusolek. Pelik bin ajaib. Tanpa jampi serapah zaman dulu, pengantin tetap ayu jelita.
Tidak tergambar olehku senario ini terjadi di penempatan Felda. Rumah-rumah, bangunan surau dan keseluruhan kampung tidak menggambarkan yang mereka adalah pemegang saham anak-anak syarikat Felda yang biasa kita lihat laporannya di media...
Apakah ini bunga-bunga one Malaysia?