Sunday, April 26, 2009

Bisikan

At Tusturi mengatakan:

Tidak diketahui bisikan syirik, kecuali oleh seorang muslim
Tidak diketahui bisikan kemunafikan, kecuali oleh seorang mukmin
Tidak diketahui bisikan kebodohan, kecuali dengan berpengetahuan
Tidak diketahui bisikan kelengahan, kecuali oleh yang beringat
Tidak diketahui bisikan dunia, kecuali dengan amalan akhirat

Berapa banyak bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab?

Soalan menarik.

Satu petikan dari Tafsir Al Mishbah, Surah an-Nas (114), ayat 6.

"Kata al-jinnah adalah jamak dari kata jinni. Ditandai dengan huruf ta' untuk menunjukkan jamak muannats. Kata jinn terambil dari kata janana yang bererti tertutup atau tidak kelihatan. Anak yang masih dalam kandungan dinamai janin kerana ia tidak kelihatan. Hutan yang tebal dinamai jannah kerana pandangan tidak dapat menembusinya. Majnun adalah orang yang gila atau tertutup akalnya. Jin dinamai demikian kerana ia adalah makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata."
Teringat soalan seorang imam beberapa ketika dulu, setinggi manakah nilai bahasa Melayu hari ini kalau tiada bahasa Arab dan Islam.

Thursday, April 23, 2009

Kuekenhoff....

It has been quite a while. Fahimah had been bz & only yesterday she managed to squeeze reply my e-mail. She is going to Kuekenhoff this week-end to catch the vista of blooming tulips. Fahimah reminded me again that this would her last year in Geneva that she look forward to travel by train all over Switzerland with me & a few others. Hmmm... terbayang2 indahnya pandangan. Terasa2 juga lembutnya angin segar yang kadang2 sejuknya mencuri masuk ke tulang. Seolah2 terdengar2 juga kita sama2 tergelak menghelai. But, as for now Cik Kak, chances of me joining you and others are rather remote. So please count me out. I just hope and hope some day I will be able to make it...

Wednesday, April 22, 2009

Airmata jatuh ke dalam

Aku melawat Ojah, anak buah ku bersalin anak pertamanya di Bangi tadi. Di side table ada potongan apple. Tak boleh makan. Emak mertuanya hanya benarkan makan nasi, lada sulah & ikan haruan. Aduhai. Airmata jatuh ke dalam. Ojah memang tinggal dengan ibu mertuanya. Ibu kandung Ojah meninggal masa dia kecil dulu. Petang ni Ojah sudah boleh keluar hospital. Terus balik rumah ibu mertua. Bukan mudah nak jaga badan dan anak dalam pantang. Lagi2 anak pertama. Tiada pengalaman. Banyak emosi. Terbayang wajah aruah ibu Ojah, kakak iparku. Sayu. Terkilan tak dapat jaga Ojah dalam tempoh sebulan ni. Cepat2 aku pulang. Mata berkaca, bimbang jatuh berhamburan...

Sejuk perut ibu mengandung

Perjalanan pulang kali ni terasa agak letih. Adakah kerana usia yang telah meningkat. Atau jadual yang agak padat. Namun pada Ilahi aku bersyukur dan pada Majikan aku berterima kasih. Jazakallahhaironkathiro. Dia melayan ku begitu baik sekali. Seolah2 aku setaraf dengan dia atau ahli keluarganya. Hotel & penerbangan sama. Alhamdulillah. Aku dapat menikmati syurga dunia. Aduhai ... meminjam kata2 Zuliani "money can buy many things". Sekejap lelap dan sekejap jaga. Dari perbualannya aku dapat mengagak anak muda di sebelah eksutikif antara bangsa. Hebat betul anak2 muda sekarang. Jeddah - Kl macam Kl - Seremban.
Tiba2 aku terjaga. Astaghfirullah!! Gergasi di sebelah ku??? Alhamdulillah. Selamat aku. Rupanya orang sebelah solat suboh di laluan. Selesai solat, aku termenung. Sejuk perut ibu mengandung. Dapat anak tinggi lampai, belajar pandai, kerja di luar negara & solat tak tinggal. Kalau aku ni emaknya hmm tak tahu what else to ask from God. Aku perhati, matanya terpejam, mulut komat kamit. Surah apa yang dihafal...Yassin? Al Waqiah? Al Mulk? Mungkin Al Baqarah kerana setelah selesai sarapan baru aku lihat dia menjamah hidangan. Sedangkan ada jemaah lain yang tak perasan sinaran subuh telah meninggalkan.