Monday, July 21, 2008

Hari yang hampir

Sebagaimana lazimnya subuh Selasa Dr Ugi adalah imam bertugas. Pada rakaat pertama Dr Ugi "membacakan" Surah 70 Al Ma'arij. Sebelum bersurai, tazkiroh pendek Dr Ugi menjurus pada ayat 7-14.



Walaupun ramai yg tidak yakin akan kedatangan hari kiamat, namun Allah mengingatkan bahawa saat itu amat dekat, hampir. Pada hari itu langit bagai luluhan perak. Gunung-ganang laksana bulu berterbangan. Bagi seorang yg berdosa, dia berharap dapat, sekiranya boleh, menebus azab siksaan pada hari itu dengan anak-anaknya, teman perempuannya & saudara lelakinya, seluruh keturunan (asal-usul) keluarganya dan dengan semua orang yg di muka bumi...


Oleh itu, bagi kita yang masih di beri kesempatan ini, gunakanlah masa yang ada untuk memastikan kita selamat dari huru-hara hari tersebut. Dan jangan pula kita lupakan kiamat kecil yang bakal kita lalui... pun entah bila, namun tidak lama lagi".


Friday, July 11, 2008

Istiqamah

Istiqomah, sukarnya melaksanakan
10 hari lepas, amat berlainan
Kita tertunggu-tunggu laungan azan
Di antaranya zikir & tadarus al Qur'an
Solat rawatib & hajat, bersulam-sulaman

Demikian rupa agenda harian
Di tanah haram tempat kejadian
Emas bukan lagi permintaan
Sekadar keampunan & keredhaan

Sekarang apa sudah jadi?
Baru sehari balik, belum pun 40 hari
Jadual lari lintang pukang
Azan subuh tidak kedengaran
Solat zohor pukul 4.30 petang

Subhanallah, lahaulawalaquataillabillah...





.